Setiap kali kita nak pergi makan di kedai, pasti kita akan mencari kedai yang bersih dan sedap kan?

Akan tetapi lain pula yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila ikan yang dibeli mempunyai ulat.

Menerusi video yang dikongsi oleh @udediba di TikTok, apabila sedang mejamu selera di sebuah kedai, dia mendapati ikan yang sedang dijamah mempunyai ulat.

Kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan, dia terus membawa ikan tersebut ke dapur untuk ditunjukkan kepada tukang masak di dapur.

Namun, apa yang mengejutkan adalah reaksi pekerja itu yang tidak meminta maaf atau tidak berasa serba salah sedangkan ia bukan hal remeh kerana melibatkan kebersihan.

Ketika dia memberitahu ikan itu berulat, pekerja tersebut hanya membalas ia adalah perkara biasa disebabkan oleh lalat.

“Kenapa yang lain makan lagi..”

Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen. Ada yang pelik kenapa masih ada yang sambung makan walaupun mendapati lauk di kedai tersebut tidak bersih.

“Kalau aku dah tak boleh sambung makan..”

“Macam ikan lama..”

Apa pendapat anda? Betul ke salah lalat atau ikan lama.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN