Pelbagai resepi menggunakan jintan putih dan jintan manis supaya masakan berbau harum. Oleh itu, anda perlu tahu beza jintan putih dan jintan manis serta masakan sesuai untuknya.
Walaupun rupa bentuk jintan putih dan jintan manis lebih kurang sama, namun setiap jenis jintan ini mempunyai keunikannya tersendiri. Jom kita tengok beza jintan ini!
Baca juga: Beza Kailan Dan Sawi, Ada Petua Untuk Buang Rasa Pahitnya Sebelum Masak
BEZA JINTAN PUTIH DAN JINTAN MANIS
Jintan Putih
- Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘cumin seeds’.
- Nama panggilan lainnya ialah jintan halus.
- Sejenis rempah yang dihasilkan daripada biji pokok jintan putih.
- Mempunyai rupa bentuk biji yang kecil.
- Berwarna perang gelap.
- Mempunyai rasa yang lebih pedas dan bau yang lebih kuat.
- Biasanya digoreng kering atau disangai tanpa minyak dan ditumbuk untuk menaikkan bau.
- Memberikan rasa dan aroma yang kuat dalam masakan seperti kari, gulai, dan daging panggang.
- Digunakan dalam pembuatan rempah daging dan ikan serta dalam masakan sayur-sayuran.
Jintan Manis
- Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘fennel seeds’.
- Nama panggilan lainnya ialah jintan kasar.
- Sejenis rempah yang dihasilkan daripada biji pokok jintan manis.
- Mempunyai rupa bentuk biji yang besar dan lonjong.
- Berwarna putih krim.
- Terkenal dengan rasa manisnya yang unik dan bau yang harum
- Sering digunakan dalam masakan India, terutamanya dalam hidangan nasi dan kari.
- Digunakan dalam pembuatan roti dan biskut untuk memberikan aroma yang harum.
- Dalam masakan Melayu, jintan manis digunakan dalam pembuatan rendang, masak lemak dan kari.
- Boleh ditambahkan dalam minuman seperti teh herba untuk memberikan rasa dan aroma yang menyegarkan.
Setelah tahu beza jintan putih dan jintan manis ini, taklah malu di depan ibu mentua lagi. Tambahan pula, ia sedikit sebanyak dapat menambah kemahiran anda dalam memasak.
Nak dapatkan jintan putih dan jintan manis untuk masak nanti, bolehlah rujuk artikel ini supaya anda tak tersalah beli nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: heyitsfatam
Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!