Penghijrahan masyarakat Indonesia ke tanah air kita telah membawa pelbagai jenis budaya dan antaranya adalah budaya masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa sangat terkenal dengan makanan tradisionalnya yang enak. Jadi, tak hairanlah kalau juadah ini sering mendapat sambutan masyarakat negara kita. Untuk korang yang masih belum merasa makanan jawa, jom kita tengok menu-menu masakan Jawa yang korang kena cuba!

1. Nasi Ambeng

Nasi putih akan dihidang di atas dulang dikelilingi bermacam jenis lauk-pauk. Antaranya termasuklah sambal goreng, bergedil, ikan goreng, telur rebus, tempe goreng, bihun goreng, urap, serunding kelapa dan opor ayam. Nasi Ambeng ni biasanya dimakan beramai-ramai antara empat hingga lima orang dewasa. Bagi menikmati hidangan ini, nasi dimakan menggunakan tangan sahaja tanpa menggunakan sudu garpu. Hidangan ini sering disajikan di majlis-majlis kenduri sebagai tanda kesyukuran dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

2. Pecal

Bagi yang sukakan sayur-sayuran, wajib untuk mencuba makanan tradisi ni! Pecal dihidang dengan beraneka sayuran dan dimakan bersama sambal pecal atau sambal kacang. Bahan yang dimakan bersama sambal ini terdiri dari tauhu, taugeh, kacang panjang, timun, kangkung dan tempe. Sesuai dengan selera makan orang kita. Confirm tak cukup satu pinggan, mesti nak tambah lagi!

3. Sambal Goreng Jawa

Kalau dari nama sahaja, orang akan fikir ianya sama seperti sambal tumis biasa. Hakikatnya, sambal goreng jawa ni menggunakan suhun, fucuk, kentang dan tempe sebagai bahan asas untuk masakan. Rasanya pedas-pedas manis dan mampu membangkitkan selera makan kita.. fuh! Masakan tradisi ni antara yang popular di kalangan masyarakat Jawa malah sering dijadikan lauk hidangan semasa majlis-majlis kenduri masyarakat Jawa.

4. Ungkep

Masakan Ungkep ini juga merupakan antara hidangan tradisional masyarakat Jawa yang begitu popular. Rasa lemak, manis, pedas serta wangi serai inilah yang membuatkan masakan ungkep ni betul-betul istimewa.

Untuk pengetahuan korang, ungkep ni bermaksud ‘tutup di mana’. Semasa kita masak ayam, ianya perlu ditutup ketika mendidih. Masakan ini menggunakan ayam sama ada ayam kampung mahupun ayam biasa. Bezanya, kalau menggunakan ayam kampung, isinya akan rasa lebih manis dan teksturnya juga berbeza berbanding ayam biasa. Selain itu, ayam ungkep ini sifatnya kering dan boleh disimpan beberapa hari. Dia takkan cepat basi kerana sudah dimasak dalam tempoh yang agak lama.

5.  Punten Nasi Bersama Sambal Bilis

Masakan Punten ini seakan-akan nasi impit. Cuma bezanya punten mengandungi santan dan juga garam. Ada juga yang mencampurkan daun pandan semasa merebus beras bagi tujuan membangkitkan lagi aroma.

Punten biasanya dimakan bersama sambal cili padi dan bawang, sambal bilis. Biasanya makanan tradisi ni lebih enak dimakan pada waktu pagi dan petang sambal dihidang bersama air panas. Fuhhh, sedapnya!

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN