Categories: InformasiTips & Petua

Beza Buttercup Tong Dan Buku, Salah Satunya Buat Biskut Jadi Lebih Wangi!

Sesiapa yang buat kuih, biskut atau kek sebagai hobi atau berniaga, pasti pernah dilema untuk gunakan buttercup tong atau buku. Oleh itu, anda perlu tahu beza Buttercup yang betul.

Penggunaan Buttercup sudah sinonim dalam kehidupan seseorang yang berada dalam bidang pembuatan kuih, biskut atau kek. Tak ada bahan ini di rumah, memang rasa tak lengkap.

Buttercup merupakan campuran mentega, di mana ramuannya terdiri daripada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan mentega serta marjerin, iaitu susu dan minyak sayuran.

Ramai yang pernah hadapi situasi ketika membeli-belah, ternampak pula ada Buttercup yang terjual dalam bentuk tong dan buku. Jadi, mana satu yang sesuai digunakan sebenarnya?

Anda perlu tahu beza Buttercup tong dan buku supaya dapat membantu untuk buat kuih, biskut atau kek yang sedap di rumah. Jom kita tengok bezanya!

Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul

BEZA BUTTERCUP TONG DAN BUKU

Buttercup Tong

Kredit Gambar: TikTok bahanbythemks

  • Diperbuat daripada minyak sawit yang rendah dengan kandungan lemak susu.
  • Mempunyai rasa yang masin.
  • Boleh disimpan dalam suhu bilik saja (tak terlalu panas).
  • Sangat sesuai untuk buat kek atau kuih.
  • Hasil kuih jadi tak mudah rapuh.

Buttercup Buku

Kredit Gambar: TikTok bahanbythemks

  • Diperbuat daripada minyak sawit yang tinggi dengan kandungan lemak susu.
  • Mempunyai rasa yang berlemak.
  • Perlu disimpan dalam chiller supaya tahan lama.
  • Sesuai untuk buat biskut atau sapuan pada roti.
  • Jadikan biskut yang dibakar menjadi wangi.

Ada yang suka makan kuih rapuh, tapi ada juga yang suka baunya wangi saja. Sebenarnya, ia terpulang pada kemahuan masing-masing kerana setiap orang mempunyai selera berbeza.

Oleh itu, anda perlu pastikan bagaimana hasil yang diinginkan sebelum membeli Buttercup di kedai. Setidak-tidaknya, taklah kecewa apabila lihat hasilnya nanti.

Selepas dapat tahu beza Buttercup tong dan buku ini, dapatlah guna mengikut citarasa anda. Jangan lupa untuk kongsikan info menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan lain.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ainrohmat

Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?

Aimi

Recent Posts

Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…

5 hours ago

Cara Buat Dimsum Mentai, Inti Ayam Juicy Dengan Sos Berkrim Yang Melimpah!

Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…

6 hours ago

Dah Macam-Macam Cara Cuba Tapi Masih Batuk? Ini 7 Petua Dapur Yang Boleh Diamalkan

Dah cuba petua limau nipis dan kicap tetapi batuk berkahak masih belum reda? Selain petua…

7 hours ago

Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!

Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…

8 hours ago

30 Fakta Menarik Tentang Pisang, Rupanya Bukan Semua Jenis Boleh Dimakan Mentah!

Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…

8 hours ago

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

8 hours ago