Categories: InfomasiTips & Petua

Beza Baking Powder & Baking Soda, Jangan Tertukar Nanti Kek Atau Biskut ‘Failed’

Apa beza baking powder dan baking soda? Kedua-duanya merupakan agen penaik. Jika kedua-dua bahan ini ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, karbon dioksida akan terhasil yang menyebabkan doh naik.

Dalam baking powder juga mengandungi baking soda, namun kedua-dua bahan ini digunakan dalam keadaan yang berbeza.

Apa itu baking soda?

Baking soda juga dikenali sebagai sodium bikarbonat. Jika bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, akan berlaku tindak balas kimia yang menghasilkan buih-buih karboh dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven yang menyebabkan hasil pastri anda mengembang atau naik.

Contoh bahan berasid adalah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. Tindak balas kimia berlaku sebaik sahaja baking soda dan bahan-bahan lain bersatu, jadi anda perlu membakarnya pastri anda dengan serta merta.

Apa itu baking powder?

Baking powder mengandungi sodium bikarbonat dan bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) dan agaen pengering (kanji). Baking powder mempunyai 2 jenis iaitu single-acting dan double-acting. 

Single-acting diaktifkan menerusi kelembapan. Jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sebaik sahaja ia bercampur. Double-acting pula mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, jadi ia dibiarkan sebelum dibakar.

Baking powder jenis double-acting akan membebaskan gas pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas akan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.

Beza Baking Powder Dan Baking Soda, Nak Guna Mana Satu?

Jika anda lihat resipi-resipi di laman sosial, ada sesetengah resipi menggunakan baking soda, ada sesetengah resipi pula menggunakan baking powder.

Yang mana satu perlu guna bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan dalam resipi.

Baking soda adalah sejenis alkali, jika anda menggunakan bahan ini resipi biskut atau kek, ia akan sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda biasanya digunakan dalam resipi biskut.

Tidak sama seperti baking soda, baking powder mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali. Atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.

Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut. Resipi yang menggunakan baking powder biasanya memerlukan bahan yang neutral seperti susu.

Sebenarnya baking soda boleh menggantikan baking powder. Tetapi jika digunakan dalam kuantiti yang banyak akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.

Namun begitu, baking soda kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek mengembang. Anda boleh membuat baking powder sendiri menggunakan campuran baking soda dan krim tartar.

Caranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (2:1 untuk krim tartar:baking soda)

Haa, jangan tertukar lagi antara dua bahan penaik ini okay!

Sumber: Iluminasi.com

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago