ayam gepuk

Kalau anda peminat masakan Indonesia, pasti pernah dengar menu ayam gepuk, ayam geprek dan ayam penyet. Walaupun ketiga-tiganya nampak hampir sama, setiap satunya mempunyai ciri unik dari segi tekstur, cara penyediaan dan rasa.

Ayam gepuk, geprek dan penyet sangat terkenal di Malaysia dan Indonesia, tetapi peminat hidangan ini sering keliru memilih yang mana satu sesuai dengan selera mereka. Ada yang suka ayam rangup, ada yang lebih suka lembut dan juicy.

Dalam artikel ini, kami kongsikan perbezaan ketiga-tiga jenis ayam ini supaya anda lebih faham. Dengan info ini, anda boleh membezakan dan memilih hidangan ayam yang paling sesuai mengikut cita rasa.

Baca juga: Resipi Bika Ambon Original Indonesia, Tekstur Bersarang & Lembut Berlemak!

BEZA AYAM GEPUK, AYAM GEPREK DAN AYAM PENYET

ayam gepuk

1. Ayam Gepuk

Ayam gepuk ialah hidangan ayam goreng yang telah dirempah dan digoreng sehingga rangup. Kemudian, ia akan dilenyekkan dengan sambal pedas.

Sambal pedas ini biasanya dihidangkan bersama kacang tanah atau kacang gajus yang dilenyek halus. Jika anda kurang makan pedas, boleh kurangkan sambal dan lebihkan kacang tanah.

Ayam gepuk ini juga terkenal dengan rasa pedas yang menyengat, dengan tekstur ayam yang garing di luar dan lembut di dalam.

2. Ayam Geprek

Ayam geprek pula berasal dari Yogyakarta. Ayam disalut dengan tepung dan digoreng rangup, kemudian ia ditumbuk atau “digeprek” bersama sambal pedas.

Ayam geprek sesuai untuk peminat pedas tegar. Sambal biasanya diletakkan terus di atas ayam selepas digoreng dan ditumbuk, jadi setiap gigitan penuh rasa pedas.

3. Ayam Penyet

Ayam penyet pula biasanya digoreng tanpa tepung. Kemudian ayam goreng akan ditekan (dipenyet) sehingga sedikit leper dan disajikan dengan sambal pedas, timun, serta tahu dan tempe goreng.

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN