Makin hari makin banyak kelonggaran yang diberikan kepada pengembara, tak terkecuali juga Thailand yang turut memberikan kelonggaran kepada pelancong yang ingin bercuti ke Thailand. Mudah la buat orang Malaysia yang tinggal di sempadan seperti Kelantan, Perak dan Perlis nak pergi jalan-jalan ke Thailand.
Yang guna pas sempadan lagi mudah nak ke Thailand, pasti terubat rindu nak jalan-jalan cari makan di Hat Yai, Sungai Golok, Phuket, Krabi dan beberapa tempat tumpuan pelancong yang lain.
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Khairul Azlan Abd Majid ada berkongsikan cara-cara untuk masuk ke Thailand beserta beberapa perkara penting yang orang ramai perlu tahu sebelum ke sana. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.
Ramai yang PM aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan ni. Jadi sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.
Bagi pemegang Pas Sempadan ” Border Pass” korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum-sebelum ini.
Kalau korang bawak kenderaan sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu. Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga Rm 28. Kemudian korang kena isi white card tu 1 nama Rm 2, kalau 5 beranak Rm 10 lah.
Aku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pergi mana je, kemudian dia cop macam biasa. Maximum untuk “Border Pass” 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.
PERINGATAN !!!! Pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak. Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan Health Declaration Thailand. Selesai Health Declaration baru korang akan cop “Border Pass” untuk side sebelah Thailand.
Settle bab “Border Pass”, lepas tu sambung plak untuk transport declaration. Bagi sesiapa kenderaan atas nama sendiri korang just bawak geran asal/salinan jer. Kalau kenderaan atas nama orang lain kena ada surat authorization dari owner kenderaan. Then selesai, selamat bercuti.
Sumber: Khairul Azlan Abd Majid
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…