Categories: Resipi

Bendi Tumis Ikan Bilis, Tinggal Kacau Dalam Kuali Dah Siap!

Apa kata cuba resipi Sayur Bendi Tumis Ikan Bilis ini. Pastinya tiada hidangan yang lengkap tanpa sayur-sayuran, bukan? Mesti anda suka walaupun baru pertama kali rasa.

Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng

Resipi ini sangat mudah dibuat kerana tidak perlu menyediakan banyak bahan. Biasanya semua akan ada je dalam peti ais rumah kita.

Hanya guna enam bahan saja dan tinggal campak dalam kuali untuk dijadikan lauk makanan harian. Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Naomy Chow ini. 


RESIPI SAYUR BENDI TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan: 

  • Bendi
  • Ikan bilis – 1 genggam
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah besar
  • Garam
  • Kiub pati ikan bilis – optional

Cara memasak:

1. Basuh bendi dan toskan seketika. 

2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis yang sudah dicuci. Goreng sehingga ia bertukar keperangan.

3. Ikan bilis dah perang, masukkan bawang putih. Tumis sekejap sampai bahan-bahan ni kekuningan.

4. Perasakan dengan sedikit garam dan kiub pati ikan bilis jika belum cukup masin. Ikan bilis dah memasinkan masakan kita tau.

5. Kemudian, masukkan bendi yang sudah dipotong bersam acili merah. Besarkan api, dan kacau supaya bahan-bahan masak.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Tip Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir: 

1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi, masukkan garam 1 sudu dan rendam sekejap

2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, keringkan dengan menggunakan tisu dapur. Jangan potong lagi ye bendi tu

3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir

4. Bila dah nak masukkan bendi dalam kuali, baru mula potong. Jangan biarkan ia terdedah dengan dipotong terlebih awal

5. Masa masukkan bendi dalam kuali, terus besarkan api. Masak sekejap sahaja untuk makan pun rasa bendi masih segar

6. Jangan masukkan air ketika goreng bendi. Sebab ia akan menambah lagi cairan dari lender yang sedia ada.


Selamat mencuba resipi Sayur Bendi Tumis Ikan Bilis ini

Baca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru ‘Balance’ Diet Harian!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago