Selain dijadikan jeruk, sebenarnya anda boleh buat manisan yang sedap dengan menggunakan Belimbing Buluh.
Buah ini juga mempunyai nama lain iaitu belimbing asam, merupakan sejenis tanaman yang banyak didapati di Malaysia dan Indonesia.
Tak sama seperti belimbing biasa, bentuk buah ini lebih kecil dan panjang, serta ia jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam.
Baca juga: Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom, Ratah Macam Gitu Pun Sedap!
Namun, anda boleh buat manisan sedap menggunakan buah ini dengan mengikut cara yang dikongsikan oleh Sri Sal di Facebook. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Bersihkan hujung pangkal buah, cuci, lalu direndam di air kapur sirih kurang lebih 2 jam.
2. Cuci bersih, kemudian tiriskan.
3. Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sehingga mendidih, kemudian masukkan buah dan rebus sehingga mendidih lagi. Matikan api dapur dan inapkan sehari semalam.
4. Kemudian, saring buah tersebut.
5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, kemudian matikan api dapur.
6. Masukkan buah, kemudian inapkan sehari semalam lagi.
6. Akhir sekali, jemur selama 3 hingga 4 hari. Siap untuk dinikmati!
Belimbing Buluh terhasil sangat banyak apabila pokoknya berbuah, ramai risau sampai tak tahu nak buat apa.
Nasib baik ada yang ajar cara buat manisan yang mudah ini, bolehlah manfaatkan buah ini sebaiknya di rumah.
Buah yang hampir masak boleh digunakan sebagai penyedap rasa dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencicah untuk sayur-sayuran tradisional.
Selain buat manisan di atas, anda juga boleh gunakan buah ini untuk hilangkan rasa dan bau hanyir pada ikan air tawar atau ikan sungai.
Selamat mencuba!
Sumber: Sri Sal
Baca juga: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…