Setiap kali sambutan Hari Guru pada 16 Mei, guru akan dihujani pelbagai hadiah daripada para pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru mereka.
Namun, di sebalik keterujaan menyambut hari istimewa itu, seorang guru menerima satu hadiah yang tidak disangka-sangka daripada seorang pelajarnya,.
“Hari ni sekolah saya ada buat sambutan Hari Guru. Bila dah sampai rumah, buka-buka hadiah, ternampak satu beg plastik merah.
“Bila buka, ada semangkuk nasi goreng telur,” tulis seorang guru menerusi satu video yang dikongsikannya di laman sosial TikTok miliknya pada Selasa.
Menerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.
Tiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.
Di sebalik hadiah di dalam bungkusan plastik merah itu, ternyata mengundang sebak guru berkenaan yang mengenangkan kepayahan ibu kepada pelajarnya demi sambutan Hari Guru.
“Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.
“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku,” ujarnya ringkas.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu mereka terhadap pengorbanan murid dan keluarganya dalam menggembirakan guru.
Mereka menyifatkan pemberian itu dilakukan dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.
“Keikhlasan itu penting.
“Bila dapat hadiah-hadiah biasa rasa lagi luar biasa terharunya kan. Selamat Hari Guru.
“Allahu… sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya. Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu,” demikian antara komen netizen.
Malah, ada yang menyifatkan guru tersebut begitu disenangi ramai sehingga ada murid yang sanggup bersusah-payah untuk menghadiahkan sesuatu meskipun sebekas kecil nasi goreng.
“Walaupun dia kekurangan, tapi dia tetap nak bagi sesuatu dengan cikgu.
“Saya menangis. Betapa ibu itu menghargai cikgu. Mesti cikgu seorang guru yang hebat,” tambah netizen.
Video yang dikongsikan di akaun TikTok @zsickseeksix pada Selasa meraih hampir 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 12 jam.
@zsickseeksix Terima Kasih 🖤 #selamathariguru2022 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾
Sumber: Sinar Viral
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…