Categories: Resepi

Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah Dan Halal, Lagi Puas Hati!

Bila min dengar yang esok Chef Ramsay nak buka restoran dia dekat Sunway, terus terasa nak buat sendiri di rumah.

Alang-alang esok pun dah weekend, sekali sekala treat yourself dengan makan western pun apa salahnya, Gitew!

Untuk pengetahuan korang, Beef Wellington ini merupakan makanan mewah di UK terutamanya di England kerana bahan-bahan yang digunakan agak mahal seperti filet daging dan pâté de foie gras (sejenis produk berasaskan daging itik).

Baca juga: Restoran Gordon Ramsay Bakal Buka Esok di Sunway Resort, Tapi Halal Ke?

Tapi jangan risau, resipi ini sudah diubahsuaikan supaya sesuai untuk semua yang ingin mencubanya.

Kebanyakan resipi daging Wellington juga tidak halal kerana terdapat daging ham.

Jom kita cuba!

Bahan-Bahan:

  • 2 daging batang pinang
  • 1 doh pastri paf, suhu bilik
  • 200g cendawan chestnut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 ½ sudu besar mentega
  • 3 tangkai daun taim, batang dibuang dan daun dipotong
  • Minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara masak daging:

1. Lapkan daging sehingga kering dan taburkan garam dan lada hitam pada kedua-dua belah daging.
2. Panaskan kuali tidak melekat pada api yang sederhana dan masukkan minyak zaitun.
3. Masukkan daging ke dalam kuali yang panas dan masak sehingga bertukar menjadi warna perang selama 2-3 minit untuk setiap belah.
4. Setelah masak, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan untuk dibiarkan rehat.
5. Menggunakan kuali yang sama, masukkan minyak zaitun ke dalam kuali yang dipanaskan pada api yang sederhana.
6. Masukkan cendawan dan biarkan masak selama 4-6 minit , hanya menggaul sekali sekala supaya menjadi perang.
7. Tambahkan lada hitam dan garam secukupnya.

Cara buat pastri:

1. Dengan menggunakan belakang pisau, lukiskan garisan diagonal pada pastri puff yang berbentuk petak, ½” luas. Lukiskan lagi garisan mengikut arah bertentangan untuk membentukkan bentung silang yang menetas.
2. Separuhkan pastri puff dan masukkan ke dalam peti sejuk sekali lagi.

Cara panggang daging:

1. Letakkan daging ke atas dulang pembakar. Letakkan ¾ jumlah cendawan yang dimasak ke atas daging. Tinggalkan lebihan cendawan untuk sos.
2. Balutkan daging dan cendawan dengan pastri puff. Jangan takut untuk menarik pastri puff untuk membalut bahagian bawah daging sepenuhnya.
3. Letakkan daging dan pastri puff ke dalam ketuhar di rak atas dan panggang sehingga pastri puff menjadi perang keemasan dan daging tampak berwarna coklat. Proses ini selalunya mengambil masa selama 10-12 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan rehat selamat 2 minit. Apabila daging sedang berehat, siapkan sos.

Penyediaan sos:

1. Di dalam kuali, masukkan baki cendawan yang telah dimasak.
2. Tambahkan kicap pekat dan sedikit air. Masak pada api yang besar dan didihkan sehingga sos menjadi pekat. Apabila sos menjadi, jumlahnya akan berkurang kepada separuh.
3. Tutupkan api dan masukkan mentega dan tambahkan baki daun kering thyme.


Jangan lupa kongsikan pengalaman memasak Beef Wellington korang dengan min nanti ya!

Selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

7 mins ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

41 mins ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

3 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

3 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

5 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago