bebola keledek

Sedapnya dapat makan kudap-kudap Bebola Keledek bulat-bulat comel. Jom buat sendiri di rumah. Tak perlu tunggu naik Cameron Highlands dah. 

Ubi keledek adalah salah satu makanan yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu, ketika tidak ada makanan, kebanyakan orang akan merebus atau membakar ubi sebagai sumber makanan.

Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini

Bukan sahaja enak, tetapi ubi keladi juga kaya dengan khasiatnya sendiri. Bahkan, anak-anak sering diberikan puri ubi keladi setelah mencapai usia 6 bulan.

Selain digunakan sebagai makanan bayi, ubi keladi juga digunakan dalam kuih-muih dan cek mek. Ubi keladi juga sangat sedap apabila dibuat menjadi bebola.


RESIPI BEBOLA KELEDEK BULAT-BULAT ALA CAMERON HIGHLANDS

bebola keledek

Bahan-bahan ubi ungu:

  • 450g ubi keledek – direbus dan dilenyek
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit garam
  • Bijan

Cara penyediaan ubi ungu:

Campur semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan boleh digolek diatas bijan. Goreng sehingga masak dgn api yang kecil.

bebola keledek

Bahan-bahan ubi kuning:

  • 300g ubi keledek – direbus & dilenyek
  • 70g tepung ubi
  • 30g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit garam
  • 1-2 sudu besar air

Cara penyediaan ubi kuning:

1. Campur semua bahan, gaul sebati. Kemudian bulat-bulatkan sebesar biji bola pinpong. Untuk kuih ini wajib dapatkan hasil yang kosong/kopong di dalam barulah menjadi kuihnya.

2. Tekniknya ialah, goreng dengan api sederhana besar. Bila dah nmpk hampir separuh masak hendaklah ditekan-tekan kuihnya dan digolek-golek di dalam kuali.

3. Kuih akan naik lebih kembung. Jangan risau terpenyek kerana ia akan bulat semula. Kuih akan menjadi ringan bila dah masak.


Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resipinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN