Kalau hasil tangan sendiri sudah tentu bahan yang digunakan juga mesti dari sumber yang berkhasiat dan tanpa sebarang pengawet.
Budak-budak juga boleh makan. Lebihan bebola itu boleh buat pelbagai jenis hidangan yang lain seperti bakso, kuetiau, makan bersama nasi ataupun mihun.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Anis Fadliyana Abd Majid menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Kek Durian Dengan Cara Mudah, Isi Durian Lebih Terasa Asli Di Dalam!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan bebola daging:
1. Kisar daging bersama bawang hingga halus.
2. Masukkan lada sulah. Anda boleh tambah rempah atau sayur seperti carrot atau batang saderi, tetapi jangan terlalu banyak supaya isi daging lebih menonjol.
3. Masukkan telur dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan melekat dan boleh dibentuk.
5. Bentukkan adunan menjadi bebola atau bentuk seperti daging burger.
6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola. Rebus sehingga bebola timbul dan masak.
Penyediaan sup bebola daging:
1. Tumis bahan untuk sup sekejap dan masukkan air.
2. Bila air mendidih, masukkan bebola yang telah direbus tadi.
3. Masak hingga bebola daging masak sepenuhnya.
4. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas sup.
Tip:
Selamat mencuba!
Sumber: Anis Fadliyana Abd Majid
Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…