Baru-baru ini tular satu video di mana seorang bapa membuat permintaan kepada anaknya untuk memasak kerana rindu pada lauk arwah isterinya.
Bila kita kehilangan seseorang insan, pastinya banyak memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Berikutan video yang tular itu, wanita itu memberitahu bapanya datang ke rumah untuk menziarahinya.
Baca juga: Cara Buat Sambal Udang Dengan Petai
Apa yang mengejut dan membuatkan dia rasa sebak apabila bapanya juga datang sambil membawa bahan masakan dan meminta tolong untuk memasak lauk seperti arwah ibunya.
Oleh kerana dia rindukan masakan dari arwah isterinya, lelaki itu meminta anaknya untuk memasak hidangan udang sambal petai menggunakan bahan-bahan yang dibawa.
Kedatangan bapanya itu turut membuatkan wanita itu berasa sebak dan terharu melihat kesungguhannya datang kerana rindukan masakan tersebut.
Selepas wanita itu selesai memasak, kelihatan bapanya yang menikmati masakan tersebut sebelum wanita itu turut membungkus lebihan lauk untuk dibawa pulang.
Perkongsian dari wanita ini turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihat keadaan bapanya itu.
Tidak kurang juga yang berasa simpati melihat keadaan bapa wanita itu yang kini menjalani kehidupan tanpa isteri tercinta. Pastinya bukan mudah untuk membiasakan diri hidup tanpa kehadiran insan tersayang yang selama ini ada menemaninya ke mana-mana sahaja.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama dapat merasai kesedihan yang dirasai oleh lelaki itu yang merindui masakan isteri tercinta.
Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan kesihatan yang terbaik untuk warga emas itu dan berharap dia akan kekal kuat menghadapi dugaan tersebut.
Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Mereka juga hanya manusia biasa.
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…