Bila musim selsema dan batuk tiba, badan akan rasa tidak selesa dan ada saja yang tidak kena. Untuk melegakannya, apa kata jom amalkan minuman peraman madu dan lemon.
Tidak salah jika kita ikhtiar cara tradisional untuk melegakan selsema dan batuk menggunakan bahan semula jadi. Jom baca cara-cara membuatkan air peraman madu dan lemon di bawah.
1. Cuci dulu lemon untuk bersihkan dan buangkan kotoran serta wax.
2. Rendam sekejap dengan garam dan cuci.
3. Potong hujung dan gosok seluruh lemon untuk pastikan lemon benar-benar bersih untuk kita buat peraman lemon.
1. Hiris nipis lemon dan buangkan bijinya.
2. Ambil bekas kaca, pada lapisan pertama, letakkan madu.
3. Kemudian susun hirisan lemon dan tekan sedikit untuk keluarkan jus.
4. Selang seli madu dan lemon, ulang langkah sehingga bahan habis.
5. Siap! Peram 2 hari dalam peti sejuk dan sedia untuk digunakan.
Ambil sedikit peraman yang kita buat, masukkan ke dalam air suam dan kacau rata. Selamat mencuba!
Kredit: Nur Aida Md Zainuddin
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…