Bila basuh sayur dan buah ini, mesti tak berapa yakin dah betul-betul bersih atau tak. Nak pula ada banyak bahan kimia seperti racun serangga yang masih lagi melekat dekat sayur dan buah.
Memang jenuh nak membersihkannya.
Baca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru ‘Balance’ Diet Harian!
Tak perlu dah nak risau, ada cara nak basuh sayur dan buah dengan betul yang telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Mazliana Mazlan menerusi laman Facebook. Perkongsian beliau telah meraih sehingga 958 shares tau.
Ada masalah kesihatan datang dari bahan kimia berbahaya, yang ada pada sisa racun serangga dari buah dan sayur.
Jom tengok macam mana kita nak kurangkan semua ini dalam sayur dan buah yang kita nak makan setiap hari.
Bahan untuk basuh:
Cara-caranya:
1. Campur salah satu, dengan larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biar dalam 12 minit macam tu, kemudian bilas.
2. Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir. Kajian lain ada yang kata, kalau kita rendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat singkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.
3. Rendam 12 – 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa yang ada pada sayur dan buah. Ada kajian lain pada 196 sampel kubis, strawberi dan tomato.
4. Kalau gosok permukaan buah dan sayur macam ni, akan dapat singkirkan keseluruhan sisa radun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.
Sayur dan buah organik, bukan saja bermaksud ia tak gunakan racun serangga. Tapi banyak yang diambil kira, bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah yang tak dicemari, baja organik yang tak ada bahan kimia berbahaya dan banyak lagi kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).
Boleh buat, yang mana sesuai dengan keadaan keluarga korang. Tak semestinya kena cari yang organik. Tapi kalau sayur yang bukan organik, pastikan betul-betul kita bersihkan sayur tu, dengan salah satu dari tiga bahan yang saya kongsi.
Kalau yang organik sekalipun, ada baiknya cuci bersih jugak. Kita bukan je nak anak makan sayur dan buah yang sihat, tapi kita nak kurangkan jugak pendedahan pada saki baki racun serangga yang ada.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…