Resipi udang goreng kunyit yang paling mudah. Sangat membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.
Sesuai juga dijadikan lauk untuk bersahur kerana cara penyediaannya yang ringkas dan cepat.
Resipi yang dikongsi oleh Saudari Amrina Meena ini diilhamkan dari Dato’ Rizalman. Jom cuba!
Baca juga: Lebih 27K Shares, Ini Resipi Udang Masak Thai Yang Mudah & Lazat
1. Perap udang dengan garam yang banyak dan serbuk kunyit dalam kuantiti yang banyak sehingga ianya jadi seperti selaput kunyit yang tebal.
2. Panaskan minyak, goreng udang yang sudah diperap tadi di dalam minyak yang betul-betul panas.
3. Bila udang dah garing, angkat dan ketepikan seketika.
4. Guna minyak dan kuali yang sama, tumis bawang kecil dan bawang putih. Bila dah keperangan, masukkan bawang holland dan cili.
5. Tuangkan sos tomato.
6. Masukkan kacang peas dan udang yang sudah digoreng tadi.
7. Perasakan dengan gula.
8. Bila bawang holland dah layu, masukkan pula daun bawang.
9. Tutup api, siap. Hidang bersama minyaknya sekali, sedap gaul dengan nasi panas!
Kredit: Amrina Meena
Baca juga: Resipi Udang Buttermilk Paling Simple, Gerenti Sedap Menjilat Jari!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…