barang makin mahal

Hari ini rakyat berdepan inflasi yang berpunca daripada kenaikan harga barang sehingga mengurangkan kuasa membeli.

Kesan penurunan kuasa membeli ini akan mengecilkan nilai ringgit sehingga gaji yang diterima tidak cukup untuk menampung keperluan harian.

Kos perbelanjaan satu isi rumah atau satu keluarga yang kebiasaannya pada kadar RM300 sehingga RM500 di pasaraya dahulu kini telah meningkat kepada sekitar RM450 sehingga RM700.

Kadar inflasi negara mencatat 3.2 peratus pada bulan Disember 2021, disebabkan terutamanya oleh peningkatan indeks harga bagi komponen pengangkutan yang mencatat 9.5 peratus dan komponen makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatat 3.2 peratus. Bagi tahun 2021, kadar inflasi tahunan ialah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada tahun 2020.

Apa Yang Boleh Kita Lakukan Untung Kelangsungan Hidup? 

1. Jangan Berhenti Kerja

Jumlah mereka yang tidak bekerja semakin bertambah akibat banyak syarikat memberhentikan pekerja berikutan tidak mampu menampung kos gaji.

Jika anda masih lagi bekerja, bersyukurlah kerana ramai yang telah menganggur di luar sana sejak PKP tahun 2020 lagi. Gunakan peluang ini untuk menjaga asas ekonomi keluarga dan kebajikan.

2. Beli Barang Masa SALE

Beli barang yang diperlukan saja dan jika anda bijak, belilah ketika ada jualan murah atau sale.

Contohnya seperti susu bayi, pampers, makanan sejuk beku, peralatan dapur juga diberikan diskaun besar-besaran. Daripada kita shopping ikut nafsu tak tentu hala, lebih baik manfaatkan ia kepada barangan keperluan harian kita!

3. Bawa Bekal ke Pejabat

Sarapan pagi je dah mencecah RM5 hingga RM7! Belum kira makan tengahari boleh cecah RM10 ke atas.

Anda boleh berjimat dengan membawa bekal ke tempat kerja.

4. Tambah kemahiran jana pendapatan

Walaupun ada kerja tetap sekiranya ada masa terluang dan tidak menganggu pekerjaan anda, asah kemahiran yang boleh menjana pendapatan.

Contohnya mengambil upah menulis, memasak, membuat roti atau biskut untuk dijual secara atas talian.

5. Berniaga Part-Time

Berniaga secara part-time juga salah satu alternatif terbaik untuk menambah pendapatan ketika kita sedang tertekan dengan keadaan kos sara hidup kini.

Berniaga secara sambilan ini anda boleh fokus kepada menjadi agen dropship, agen kosmetik dan sebagainya.

Terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia sejak pandemik ini berlaku. Antara  yang diberikan seperti bantuan pemberian tunai seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Geran Khas Prihatin (GKP), pengeluaran i-Citra &  i-Lestari di KWSP dan moratorium pinjaman bank selama satu tahun.

Melalui inisiatif ini ia turut sama membantu dan mampu menambahkan jumlah simpanan kita daripada tiga ke empat angka kepada lima angka. Kalau tak simpan, maka tiada 1 angka sekali pun lah.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda. Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Sumber: Niaga Kini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN