Teringat pula teh ais kaw yang sedap yang kita selalu beli dekat mamak. Manis dan wangi tehnya. Rupanya senang je cara nak buat teh ais kaw ni. Kali ni nak buat teh panas atau teh sejuk semua boleh ikut selera masing-masing.
Buat satu periuk puas minum sekeluarga. Teh ni sebenarnya nak sedap bukan sekadar ada susu yang memaniskannya je. Mesti nak ada wangi baru sedap dan nikmat. Kena ada rasa kaw dari bau teh tu sendiri. Biasanya kalau korang perasan teh yang sedap dan kaw ialah kat kedai mamak.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi ‘1 Bahan’ Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu
Sebab tehnya tu pekat dan likat. Ada sesetengah resipi tu masak atau didihkan teh uncang dalam periuk untuk hasil yang lebih pekat.
Resipi teh ais kaw yang dikongsikan oleh Miz Juejue ni lebih menarik untuk dicuba sebab ada satu bahan yang beliau guna untuk mewangikan lagi aroma teh.
Jom kita tengok.
Nak buat teh kaw ni perukan 5 bahan ringkas je. Kita masak atau didihkan atas dapur. Biasanya kalau nak sedap boleh buat dengan teh uncang kaw. Kalau ada teh uncang biasa je, letaklah uncangnya lebih sikit. Lagi banyak barulah kaw rasanya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara buat:
1. Rebus 3 cawan air dalam periuk smpai mendidih,
2. Letak 4 hingga 5 uncang teh, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh.
3. Masukkan susu pekat agak-agak nak manis mana. Kemudian, masukkan susu cair dan esen vanilla nak lemak-lemak lebihkan lagi.
4. Tambahkan secubit garam untuk lemakkan lagi teh ais.
5. Biarkan mendidih untuk naikkan lagi aroma. Dah cukup kepekatan, boleh padamkan api.
6. Boleh dah letak ais. Dah siap!
Tapi ingat, cara nak buat teh ais kaw ni kena pastikan kuantiti teh uncang tu lebih dan mencukupi. Jangan tak berpadanan dengan air. Nanti tak cukup kaw pula.
Selamat mencuba.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…