Categories: Tips & Petua

DIY Jimat Balang Kuih Raya Supaya Nampak Manis & Estetik, Confirm Tetamu Puji!

Balang kuih raya DIY kini semakin menjadi pilihan ramai menjelang Aidilfitri, terutama bagi mereka yang mahu berjimat tanpa mengorbankan aspek dekorasi. Dalam keadaan harga balang hiasan di pasaran yang boleh mencecah ratusan ringgit, menghasilkan sendiri balang kuih raya bukan sahaja lebih ekonomi, malah memberi kepuasan kerana dapat menyesuaikan rekaan mengikut tema rumah dan citarasa peribadi.

Idea kreatif ini diinspirasikan daripada perkongsian oleh Soffea`s Lil Cottage yang menunjukkan bahawa dengan bahan mudah dan sedikit kreativiti, balang plastik biasa boleh bertukar menjadi hiasan meja raya yang nampak eksklusif.

Baca juga: Bekas Kuih Raya Jangan Buang, Boleh Guna Buat Simpan Sayur Untuk Tahan Lama

BALANG KUIH RAYA DIY, CANTIK, JIMAT DAN EKSKLUSIF UNTUK RAYA

Trend balang kuih raya DIY semakin popular kerana banyak kelebihannya:

  • Kos lebih rendah berbanding beli siap
  • Boleh ikut tema warna raya
  • Rekaan unik dan lain daripada yang lain
  • Lebih bermakna hasil tangan sendiri

Walaupun nampak seperti projek yang rumit, sebenarnya prosesnya sangat mudah dan sesuai untuk pemula.

Bahan-bahan:

Untuk menghasilkan balang kuih raya DIY ini, anda hanya perlukan:

  • Balang plastik lutsinar
  • Kain kapas
  • Span nipis
  • Renda (organza atau cotton)
  • Reben
  • Bunga hiasan
  • Manik dan tasel
  • Kain lace (pilihan)
  • Glue gun dan glue stick
  • Gunting

Semua bahan ini mudah didapati di kedai jahit atau kedai barangan kraf.

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan Penutup Balang

  • Potong span dan kain kapas mengikut saiz penutup (lebihkan sedikit).
  • Lekatkan span pada bahagian atas dan tepi penutup menggunakan gam panas.
  • Potong lebihan span supaya kemas.

2. Balut Dengan Kain

  • Lekatkan kain kapas di atas lapisan span tadi.
  • Potong lebihan kain.
  • Untuk nampak lebih mewah, boleh tampalkan kain lace di atasnya.

3. Tambah Renda Dan Reben

  • Lekatkan renda organza di keliling penutup.
  • Tutup bahagian yang kurang kemas dengan reben atau renda cotton di bahagian atas renda tadi.

4. Sentuhan Hiasan Akhir

  • Hias bahagian atas penutup dengan bunga, manik dan tasel.
  • Lekatkan renda atau reben pada bahagian badan balang (sekitar 1/3 dari bahagian bawah).

Kenapa Perlu Cuba Balang Kuih Raya DIY?

Menghasilkan balang kuih raya DIY memberi banyak kelebihan:

  • Boleh padankan dengan langsir dan dekorasi ruang tamu
  • Sesuai dijadikan aktiviti kreatif bersama keluarga
  • Boleh hasilkan set sedondon untuk satu ruang
  • Nampak premium walaupun kos rendah

Tahun ini, tak perlu lagi berbelanja besar untuk hiasan meja raya. Dengan sedikit usaha dan kreativiti, balang kuih raya anda pasti menjadi tumpuan tetamu yang datang beraya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Soffea`s Lil Cottage

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Air Berbuka Puasa Supaya Tak Membazir, Boleh Jadi Aiskrim Atau Sumbangan Moreh!

Aimi

Recent Posts

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

1 hour ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

2 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

2 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

3 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

3 hours ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

4 hours ago