ayam tender

Sesiapa yang suka makanan bergaya barat, wajib cuba buat Ayam Tender Habanero. Gabungan ayam rangup dengan sos habanero, sekali gigit sampai esok teringat kesedapannya.

Sudah sering makan ayam tender dengan sos biasa seperti barbeku (BBQ) atau black pepper, inilah masanya untuk cuba sesuatu yang baru. Buat sendiri, barulah puas hati nak makan.

Anda boleh ikut resipi Ayam Tender Habanero oleh Nur Natasha Abdullah di Facebook dengan langkah demi langkah yang mudah dan keluarga pasti menyukainya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sos Sukiya Homemade, Sedap Buat Untuk Pencicah Makanan Apa Saja!

RESIPI AYAM TENDER HABANERO

ayam tender

Bahan-bahan:

  • Dada ayam
  • Tepung goreng rangup

Cara-cara buat:

  1. Perap sekejap ayam dengan bancuhan tepung bestari (perap lama lebih sedap).
  2. Ambil bahagian ayam yang sudah diperap dan gaulkan dalam tepung goreng rangup sampai tersalut rata.
  3. Rendam bahagian ayam tadi sekejap dengan air sejuk.
  4. Celup sekali lagi ayam tadi dengan tepung goreng rangup sampai rata (boleh ulang lagi sekali jika rajin).
  5. Akhir sekali, goreng dengan minyak panas sampai keemasan.

ayam tender

Bahan-bahan sos habanero:

Cara-cara buat sos habanero:

  1. Panaskan butter sampai cair, masukkan madu dan serbuk cili.
  2. Masak dengan api kecil sampai sebati dan sedikit mendidih (sukatan agak-agak saja).
  3. Seimbangkan rasa pedas dan mania dengan sedikit sunquick lemon.
  4. Setelah cukup rasa pedas, manis dan masam, boleh matikan api dan gaulkan ayam goreng tadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Natasha Abdullah

Baca juga: Resipi Chicken Tenders Versi Bajet Paling Mudah Dibuat, Rangup & Berbaloi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN