resipi chicken tenders

Jika anda belum pernah cuba buat sendiri resipi Chicken Tenders versi bajet, inilah masanya. Paling menarik, ia boleh dijadikan snek petang atau lauk sampingan yang sedap dan membuka selera.

Chicken Tenders dibuat menggunakan isi ayam yang dipotong memanjang, disalut dengan tepung dan digoreng sampai rangup. Biasanya, ia dimakan bersama sos bawang putih.

Jom cuba resipi Chicken Tenders versi bajet yang dikongsikan oleh Qien Aziz II di Facebook ini, Tak perlu modal besar, hanya menggunakan bahan-bahan mudah saja di rumah.

Baca juga: Jejari Ayam Mudah Guna 3 Bahan, Sebijik Macam Ayam Gunting Pasar Malam!

RESIPI CHICKEN TENDERS

resipi chicken tenders

Bahan-bahan ayam goreng:

  • Isi ayam
  • Tepung beras
  • Tepung Bestari
  • Sedikit butter
  • Madu
  • Sos cili

Bahan-bahan sos bawang putih:

Cara-cara menyediakan Chicken Tenders:

1. Potong isi ayam kepada jaluran panjang sederhana. Pastikan saiznya seragam supaya masak sekata nanti.

2. Gaulkan ayam dengan campuran tepung beras dan tepung Bestari. Tak perlu tambah air, terus salut kering untuk hasil yang rangup.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing keemasan. Angkat dan toskan atas tisu dapur.

4. Guna sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi, cairkan butter dalam kuali. Masukkan madu dan sos cili. Kacau sebati atas api kecil.

5. Masukkan ayam goreng ke dalam sos dan gaul rata sampai semua bahagian disaluti sempurna.

Cara-cara menyediakan sos bawang putih:

1. Kisar atau parut bawang putih hingga halus dan lumat.

2. Satukan bawang putih yang telah dikisar dengan mayonis. Masukkan sedikit mixed herbs.

3. Kacau sampai sebati. Simpan seketika dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Qien Aziz II

Baca juga: Tips Ayam Goreng Rangup Tahan Lama, Guna Teknik Ini Baru Hasil Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN