Categories: Resipi

Ayam Sambal Hijau Versi Cepat Siap, Tak Letak Belacan Pun Tetap Sedap!

Nak buat hidangan ringkas tapi menyelerakan untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh masak Ayam Sambal Hijau hari ini.

Ayam Sambal Hijau ialah masakan yang berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah daging ayam serta cili yang berwarna hijau.

Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan dari serata dunia dan orang Malaysia cukup menyukai hidangan ini kerana pedasnya yang cukup membara apabila dimakan.

Baca juga: Ayam Tumis Thai Paling Cepat, Ramai ‘Repeat’ Sebab Sedap Lain Macam

Di Malaysia, kita boleh jumpa hidangan ini di restoran yang menyajikan masakan Padang, namun terdapat juga kedai makan yang menjualnya.

Ramlah Nong telah kongsikan resipi Ayam Sambal Hijau di Facebook yang sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

RESIPI AYAM SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • Petai (ikut suka nak letak banyak atau sikit)
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 15 biji cili api* ( jika nak pedas, tambah lebih)
  • 3 biji cili hijau*
  • 1 kiub pati ayam Knoor
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara:

1. Mula-mula, basuh ayam dan toskan, kemudian gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ayam separa masak dan ketepikan terlebih dahulu.

3. Seterusnya, kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan cili hijau sehingga lumat, kemudian, guna sedikit minyak lebihan goreng ayam dan tumis bahan yang dikisar tadi.

4. Setelah bau wangi dan agak garing, boleh masukkan petai dan kiub pati ayam, kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula sedikit. Siap untuk dihidang!

Sebagai tambahan, anda boleh letak sedikit belacan dalam resipi Ayam Sambal Hijau ini untuk menambahkan kelazatannya. Namun, tak letak belacan pun hidangan ini tetap sedap dimakan.

Selepas ini, bertambahlah koleksi resipi sedap dan menarik untuk anda masak buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ramlah Nong

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!

Aimi

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 day ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

2 days ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

2 days ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

2 days ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

2 days ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

2 days ago