ayam rendang simple

Setiap kali musim perayaan, ramai mencari resipi hidangan yang lazat terutama pada Hari Raya. Kali ini, kami nak ajak anda buat Ayam Rendang simple dan mudah saja.

Siapa yang tak suka dengan Ayam Rendang? Dengan aroma rempah harum dan rasa pedas manisnya, bau saja pun sudah tahu hidangan ini sangat sedap dimakan.

Nak cepat siapkan hidangan pada Hari Raya, anda boleh buat resipi Ayam Rendang simple yang dikongsikan oleh Siti Norhabibah Che Ani di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Rendang Sotong, Lauk Untuk Raya Ini Buat Tetamu Tak Ingat Nak Balik

RESIPI AYAM RENDANG SIMPLE

ayam rendang simple

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 santan kotak saiz kecil
  • 3 helai daun kunyit (sehelai carik-carikkan, 2 helai hiris nipis-nipis)
  • 1 paket kecil kerisik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 6 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 3 batang serai*
  • 15 keping cili kering* (ikut kepedasan, jika nak pedas, letaklah banyak)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili kering.

2. Kemudian, panaskan minyak (letak banyak pun boleh sebab nak bagi cabai merah cantik. Setelah siap masak, boleh buang lebihan minyak yang banyak).

3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan 1 sudu gula (biarkan saja jangan kacau, agak-agak kuah sudah merah, baru kacau gula).

4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan kacau sebati.

5. Masukkan santan dan air 1 kotak santan, kemudian masak sampai air kering sedikit.

6. Masukkan garam, perasa, daun kunyit yang sudah dicarik dan daun limau purut, kemudian kacau lagi.

7. Setelah kuah sudah kering, tabur daun kunyit yang sudah dihiris nipis. Siap untuk dihidang!

ayam rendang simple

Salah satu tips semasa memasak Ayam Rendang simple ini, anda perlu potong halia, lengkuas dan serai dengan halus sebelum kisar.

Jika dipotong besar, bahan kisar akan jadi seperti benang halus dan hasilnya jadi tak seronok untuk dimakan. Oleh itu, jangan lupa potong halus dahulu sebelum kisar bahannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Norhabibah Che Ani

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Johor Klasik, Menu Wajib Buat Setiap Kali Raya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN