ayam paprik simple

Ayam Paprik Simple memang jadi pilihan ramai kerana rasanya yang pedas manis, beraroma dan penuh sayuran segar. Sesuai untuk masak lauk cepat dan hidangan seisi keluarga.

Menariknya, resipi Ayam Paprik Simple ini tidak menggunakan garam langsung, namun rasanya tetap seimbang dan tak terlalu masin. Kuahnya pekat, berperisa dan sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih, ala kedai tomyam.

Baca juga: Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!

RESIPI AYAM PAPRIK SIMPLE

ayam paprik simple

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ayam – dipotong kecil
  • 2 batang serai – diketuk
  • Daun limau purut – diramas sedikit

Sayur-sayuran:

Bahan kisar atau tumis:

  • 5 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 inci halia – diketuk
  • 6 biji cili api – diketuk
  • 3 biji cili merah – dipotong

Bahan perasa:

  • 3 sudu besar serbuk cili
  • ½ cawan sos ikan
  • ½ cawan sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau dan layu.

2. Masukkan lobak merah, serbuk cili, sos cili dan sos tiram. Kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, bawang besar, baby corn, kacang panjang, sos ikan dan sedikit air.

4. Kacau rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya serta kuah menjadi sedikit pekat.

5. Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili api. Gaul sebati dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Tip tambahan: Jika ada daun ketumbar, taburkan sedikit sebelum hidang untuk aroma yang lebih menyelerakan.

Resipi Ayam Paprik Simple ini tidak menggunakan garam langsung. Rasa masin datang sepenuhnya daripada sos ikan dan sos tiram, menjadikan rasa lebih seimbang walaupun kuahnya pekat dan berperisa. Sesuai untuk yang kurang gemar lauk terlalu masin.

Rahsia ayam paprik simple jadi lagi sedap:

  • Gunakan ayam segar dan potong kecil supaya cepat masak
  • Jangan masak sayur terlalu lama agar kekal rangup
  • Jika suka kuah lebih pekat, boleh tambah sedikit bancuhan tepung jagung
  • Tahap pedas boleh dilaras ikut selera dengan mengurangkan cili api

Resipi Ayam Paprik Simple sering dijadikan pilihan kerana mudah, cepat dan sedap, malah sesuai dihidangkan bila ada tetamu. Walaupun ringkas, rasanya tetap padu dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Hana Morris

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN