Categories: Resipi

Ayam Panggang Simple Dengan 3 Langkah, Sekejap Saja Sudah Siap!

Peminat Ayam Panggang memang tak tahan jika nampak ada peniaga yang menjualnya di pasar malam, mesti nak beli untuk nikmati bersama keluarga di rumah.

Walaupun kedengaran seperti susah membuatnya, namun sebenarnya Ayam Panggang adalah antara pilihan hidangan ramai kerana jalan kerja yang tak begitu renyah.

Seperti perkongsian Muhammad Azhari di Facebook, resipi Ayam Panggang yang dibuatnya cukup mudah dengan menggunakan 3 langkah saja. Jom cuba!

Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!

RESIPI AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali ayam, kemudian lumurkan bahan-bahan yang dikisar pada keseluruhan ayam yang telah dibersihkan di bahagian luar dan dalam.

2. Kemudian, perap ayam selama 1 hingga 2 jam di dalam chiller.

3. Seterusnya, bolehlah panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200℃. Bagi pengguna Breadmaker Noxxa, suhu cuma tetapkan pada 170℃ dan masanya 1 jam 30 minit.

Sebagai tambahan, anda boleh letak ubi kentang, lobak merah, brokoli dan capsicum, barulah hidangan nampak berkhasiat dan menarik.

Apa yang membuatkan Ayam Panggang ini disukai ramai adalah kerana hidangan ini boleh dimakan tak kira golongan usia.

Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, boleh dikatakan semua orang takkan menolak untuk nikmati hidangan yang sihat dan lazat ini.

Apabila makan, anda akan terasa isi ayam lembut yang sangat berjus, malah manisnya juga cukup rasa dan hidangan ini cukup sesuai untuk dihidangkan buat tetamu.

Selamat mencuba!

Sumber: Muhammad Azhari

Baca juga: Ayam Percik Kelantan, Cikgu Ini Kongsi Tips Untuk Tambah Lagi Sedap

Aimi

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

3 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

3 hours ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

5 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

6 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago