ayam masak rose

Fuhh lauk ayam masak rose ini kalau buat kat rumah, memang bertambah makan nasi. Lagi-lagi hidangannya warna kemerah-merahan dan penuh dengan selupat sambal.

Pernah tak korang cuba masak resipi ayam masak rose sedap dan pedas kering ni? Kalau sekali cuba pasti jatuh hati.

Resepi ayam masak rose ni terkenal kat sesetengah tempat je terutama belah utara. Selalu dihidang waktu kenduri. Sekali pandang macam ayam masak merah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Super Lembut

Tapi sebenarnya berbeza. Ayam masak rose ni ada campuran serai, daun kari malah serbuk kari juga yang ditumis bersama dengan cili kisar untuk beri aroma yang lazat dalam masakan.

Namun untuk perkongsian resipi ayam masak rose sedap dari Tengku RoseElyza Raja Muhammad ni, bahan-bahan dan cara masaknya simple je.

Cukup rasa masam, manis dan pedas yang membangkitkan selera. Jom lihat resipi beliau.


Resipi Ayam Masak Rose


Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • Serai
  • Cili kisar
  • Serbuk kari
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kerisik
  • Gula nise
  • Tomato dibelah 4
  • Cili besar merah
  • Garam secukupnya
  • Ayam

Untuk semua bahan-bahan ni, boleh agak-agak sukatannya bergantung pada berapa banyak kuah sambal yang ingin dimasak ikut kuantiti ayam.

Cara memasak:

1. Sebelum masak kuah sambalnya, gorengkan ayam dulu. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam sedikit, dan goreng ¾ masak (goreng juicy). Kemudian angkat dan ketepikan.

2. Selepas tu kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus. Ketepikan juga.

3. Kemudian panaskan minyak sedikit di dalam kuali.

4. Masukkan serai yang dah dititik bersama daun kari. Dan tumis sehingga naik bau.

5. Kemudian masukkan bahan yang dah dikisar tadi dan tumis sehingga garing.

6. Selepas bahan tumis dah kekuningan, masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.

7. Masukkan sikit-sikit air ke dalam tumisan untuk elakkan terlalu kering dan hangit. Kemudian tumis sehingga terbit minyak.

8. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos tiram.

9. Boleh agak-agak kuantitinya.

10. Kemudian masukkan kerisik sedikit dan gula nise. Kacau sehingga sebati.

11. Dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi, bersama dengan tomato dan cili besar merah.

12. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.

13. Biarkan kuah sedikit pekat, dan boleh padamkan api.



Hidangkan dengan nasi panas untuk hidangan sekeluarga. Lihat je pun lauk ni dan cukup membangkitkan selera. Apatah lagi bila dah rasa.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN