ayam masak merah sedap

Walaupun duduk di rumah, teringin juga makan lauk kenduri seperti Ayam Masak Merah sedap. Sebenarnya, cara memasaknya mudah jika sudah tahu bahan-bahan yang diperlukan.

Ayam Masak Merah adalah antara hidangan popular di kalangan masyarakat Melayu terutamanya dalam majlis besar seperti kenduri kahwin, Hari Raya atau majlis perayaan lain.

Jika ingin buat kenduri dan masih mencari idea lauk untuk tetamu, boleh cuba resipi Ayam Masak Merah sedap yang dikongsikan oleh Li Ly di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!

RESIPI AYAM MASAK MERAH SEDAP ALA KENDURI

ayam masak merah sedap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit serta garam, angkat dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, kisar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan buah keras.

3. Kemudian, panaskan minyak dengan sedikit minyak sapi dan tumis bahan kisar tadi.

4. Masukkan rempah kasar 4 sekawan, serai, dan daun pandan, kemudian tumis sampai naik bau.

5. Apabila sudah naik bau, masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.

6. Setelah itu, masukkan sos tomato, sos cili, sedikit puree tomato, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

7. Apabila sudah sebati, letak sedikit santan dan masukkan ayam, kemudian masak sampai minyak timbul. Siap untuk dihidang!

ayam masak merah sedap

Manalah tahu nak buat kenduri atau rumah terbuka di rumah nanti, bolehlah sediakan Ayam Masak Merah sedap ini. Apabila makan, pasti selera terangkat dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Li Ly

Baca juga: Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN