Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
AYAM KARAHI
Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
3 inci halia
1 tangkai cili hijau
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil kunyit
1 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Kredit: Kamarul Ariffin
CARA PENYEDIAAN
Goreng ayam yang telah di perasakan dengan garam. Goreng separuh masak sahaja, sampai kulit dia kuning.
Kemudian masukkan tomato. Goreng tomato sehingga isi dia lembut, dan kulitnya tertanggal.
Masukkan bawang putih dan halia yang dicincang atau disagat.
Masukkan serbuk rempah ratus. Tambah sedikit air jika terlalu kering, kemudian masak sehingga rempah masak, dan kering. Letak garam dan gula secukup rasa.
Masukkan cili hijau dan hirisan halia yang dipotong memanjang. Masak sebentar dan dah boleh dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.