ayam masak lemon

Resepi ayam masak lemon ini mudah dan cepat disediakan. Hidangan ini juga sangat sesuai untuk makan malam yang ringkas tapi lazat.

Pertama sekali, dada ayam dipotong kecil dan digaul dengan kicap cair, lada hitam, garam, telur, dan tepung jagung. Selepas diperap, ayam digoreng hingga rangup.

Sos lemon pula disediakan dengan jus lemon, gula, dan tepung jagung untuk pekatkan sos. Ayam goreng kemudian dilapisi dengan sos ini. Hiaskan dengan bijan dan hirisan lemon.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Aminatul Akhma Razali di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!

RESEPI AYAM MASAK LEMON

ayam masak lemon

Bahan untuk ayam:

  • 3 keping dada ayam (lebih kurang 400 gram, dipotong kecil)
  • 5 sudu kicap cair
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 5 sudu tepung jagung

Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perap seketika. Kemudian, goreng ayam tersebut.

Bahan untuk sos:

  • Jus dari 3 biji lemon
  • 3 cawan air
  • 2 sudu tepung jagung
  • 5 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 2 keping lemon

Masak semua bahan di atas sehingga pekat. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Hiaskan dengan bijan dan hirisan lemon. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Aminatul Akhma Razali

Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN