ayam kicap black pepper

Kadang-kadang bila balik kerja atau dah penat seharian, kita cuma nak masak sesuatu yang mudah, cepat tapi tetap sedap. Apa kata jom cuba resipi ayam kicap black pepper ini.

Yang menariknya, rasa dia tetap cukup sedap walaupun cara masaknya ringkas saja. Memang sesuai untuk hari yang nak cepat tapi masih nak masak sendiri.

Kalau nak cuba lauk yang tak leceh tapi tetap ‘padu’, inilah dia resipi yang boleh dicuba. Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak di bawah.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

RESEPI AYAM KICAP BLACK PEPPER

ayam kicap black pepper

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil, dicuci bersih)
  • Kicap pekat manis
  • Sos lada hitam (black pepper)
  • Cili padi (jika suka pedas)

Bahan tumis (ditumbuk halus):

  • Bawang putih (sedikit)
  • Bawang merah (sedikit)
  • Halia (sedikit)

Sayuran tambahan:

  • Tomato ceri
  • Lada benggala (capsicum)
  • Daun bawang
  • Bawang Holland (dihiris)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan goreng seketika (stir-fry).
  3. Tambahkan kicap dan sos lada hitam dalam jumlah yang sama. Gaul rata.
  4. Bila air ayam mula keluar, tutup kuali dan biarkan masak selama kira-kira 10 minit atas api sederhana.
  5. Bila ayam hampir empuk, masukkan tomato ceri, lada benggala, daun bawang dan hirisan bawang Holland.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Rahim Ariffin

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Henti Menyuap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN