Setiap hari memikirkan lauk yang nak dimasak dan sebolehnya nak resipi lain dari yang lain. Jika begitu, apa kata hari ini anda cuba buat Ayam Gulai Siam?
Ayam Gulai Siam merupakan lauk ayam yang cukup popular di Siam. Jika anda inginkan kelainan gulai ayam, inilah pilihan tepat untuk dicuba di rumah.
Hidangan lauk ini mempunyai rasa yang lebih kurang sama seperti masak lemak, cuma lebih beraroma dan sedap manis.
Resipi Ayam Gulai Siam yang dikongsikan oleh As.Ibrahim melalui video di TikTok nampak sungguh menyelerakan. Jom cuba!
Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
1. Panaskan minyak masak, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu, masukkan serai dan cili kisar, kemudian masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan gula Melaka, asam keping dan daun limau purut, kemudian gaul rata.
4. Masukkan ayam dan gaul rata lagi.
5. Kemudian, baru masukkan santan segar, garam dan mushroom seasoning secukupnya.
6. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sehingga empuk.
7. Akhir sekali, tutup api dapur dan perahkan limau nipis. Siap untuk dihidang!
Sekali sekala nak makan masakan Siam, bolehlah buat Ayam Gulai Siam ini. Selain dijadikan sebagai lauk tengah hari, ia juga sesuai dijadikan sebagai lauk untuk makan malam.
Rasa kuahnya yang cukup menyelerakan pasti akan buat anda sekeluarga bertambah nasi sampai berkali-kali.
Anda juga boleh kurangkan cili jika lebih sukakan lauk yang kurang pedas. Jika begitu, kanak-kanak pun boleh memakannya.
Selamat mencuba!
Sumber: As.Ibrahim
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…