ayam goreng madu

Siapa sangka lauk yang nampak biasa-biasa ini rupanya mampu buat satu rumah bertambah nasi. Ayam Goreng Madu ini bukan saja sedap, tapi sangat mudah disediakan.

Resepi Ayam Goreng Madu ini dipelajari oleh Nurhayati Abd Malek daripada kakaknya. Paling istimewa, ada petua daripada ibunya untuk elakkan ayam bau hanyir dan buatkan masakan tahan lebih lama.

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Sampai Ke Tulang, Ratah Sampai Tak Berhenti!

RESIPI AYAM GORENG MADU

ayam goreng madu

Bahan-bahan (anggaran untuk 3 hingga 4 orang makan):

  • 500gram kepak ayam (boleh guna bahagian lain juga)
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 senduk cili kisar
  • 1 labu bawang besar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar atau potong dadu)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • 5 sudu besar madu

Cara-cara memasak ayam goreng madu:

1. Panaskan kuali, masukkan butter dan minyak masak. Biarkan butter cair sepenuhnya.

2. Masukkan bawang besar yang dihiris halus. Tumis sampai naik bau dan layu sedikit.

3. Kemudian, masukkan cili kisar. Gaul sebati dan biarkan pecah minyak.

4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos cili Thai.

5. Tambahkan madu (ikut manis yang anda suka). Kacau rata sampai kuah sedikit pekat.

6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan. Gaul sebati dalam sos sampai ayam masak sepenuhnya dan disalut cantik.

Petua elakkan ayam bau hanyir dan lauk tahan lama:

Sebelum masak, siram atau rendam ayam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit. Kemudian toskan. Hasilnya:

  • Bau hanyir ayam mentah akan hilang
  • Masakan lebih tahan lama dan susah basi
  • Lauk rasa lebih bersih dan tak hanyir walau disimpan lama

Petua ini sesuai digunakan untuk masakan seperti rendang, sambal atau lauk berkuah yang dimasak awal untuk majlis atau bekalan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurhayati Maleq

Baca juga: Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN