ayam goreng ketumbar

Bosan juga kalau selalu buat ayam goreng dengan kunyit. Jom kita cuba buat resipi popular dari Indonesia ini iaitu Ayam Goreng Ketumbar.

Ia dimasak menggunakan ketumbar dan campuran tiga tepung. Sangat mudah cara penyediaannya. Sekali pandang ayam goreng ketumbar ini macam ayam goreng berempah pula.

Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng

Lauk ini sangat ringkas untuk anda yang selalu sibuk bekerja. Cukup sedap di makan dengan nasi putih panas-panas. Nak buat bekal pagi-pagi sebelum pergi bekerja pun boleh. Memang tak ambil masa yang lama untuk anda sediakan. Cepat, mudah dan sedap!

Resipi viral ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Safira Crespin melalui laman TikToknya. Perkongsian beliau meraih sehingga 1.3 juta tontonan!  Memang ramai yang suka makan ayam goreng. Jom lihat cara penyediaannya.


RESIPI AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan:

  • 4-5 ketul paha ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 50 ml air (untuk rempah kisar halus)
  • 8 sudu besar ketumbar bulat bulat
  • 1-2 sudu kecil Garam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung

Cara penyediaan:

1.  Perap ayam dengan semua bahan di atas semalaman supaya rempah lebih meresap ke dalam ayam.

2.  Pastikan adunan perencah ayam tidak terlalu cair/pekat supaya biji ketumbar melekat dengan sempurna.

3. Goreng paha ayam selama 12 minit dengan api sederhana kecil supaya isi ayam masak dari dalam.

4. Biarkan selama 5 minit ayam yang telah digoreng kemudian goreng lagi dengan api sederhana selama 2 minit supaya lebih garing.

5. Sedia untuk dinikmati.

Video penuh:

@pia.si.pia

Nyobain yang viral! Ayam goreng ketumbar🥰 ternyata wangi, gurih & enak! – Resep ayam goreng ketumbar – 4-5 pcs paha ayam – 6 siung bawang putih – 6 siung bawang merah – 50 ml air (untuk halusin bumbu) – 8 sdm ketumbar bulat utuh – 1-2 sdt Garam – 1 sdm Kaldu ayam bubuk – 1 sdm Merica putih bubuk – 3 sdm tepung maizena – 1 sdm tepung tapioka – 1 sdm tepung terigu Tips: – Marinasi ayam 1 malam agar bumbu lebih meresap ke ayam – Pastikan adonan bumbu ayam tidak terlalu encer/ kental agar biji ketumbar menempel sempurna – Goreng paha ayam 12 menit dengan api sedang kecil agar mateng sampe ke dalam dalam – Diamkan 5 menit ayam yang telah digoreng lalu goreng kembali dengan api sedang besar 2 menit agar lebih crispy

♬ suara asli – Safira Crespin – Safira Crespin


Selamat mencuba resipi viral Ayam Goreng Ketumbar ini.

Baca juga: Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN