Pernah tak sesekali rasa blur nak masak apa? Lama termenung dekat dapur fikirkan apa yang ada, dan apa boleh dibuat. Masakan macam mana nak buat, dan akhir sekali pilih yang paling simple macam Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis ini.
Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!
Bila buat lauk ini, kena lah pandai supaya lengkap dengan sumber protein makanan seperti sayur, bawangnya serta ayam yang digunakan. Semuanya ada tugas tersendiri tau.
Mungkin bagi sesetengah orang nampak biasa, tapi bila dah hidangkan kepada anak-anak kena fikirkan tumbesaran mereka tidak diganggu.
Resipi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Ryna Kharysta ini. Lengkap dan mudah je nak faham.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kupas & blend bawang merah/ putih, halia, cili padi, cili merah dan belacan.
2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan guna api sederhana dan goreng hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam.
4. Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja serta sedikit gula.
5. Masukkan pula sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi. Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.
6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.
7. Siap untuk dihidang!
Simple dan mudah sahaja nak buat hidangan ini. Sekali buat, confirm habis licin sebab ramai yang suka dekat rumah ni.
Selamat mencuba!
Baca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…