Resipi ayam goreng bawang putih ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mizah Ngatiman. Menurut beliau, resipi ini diambil daripada ibu mentuanya.
Tambahnya lagi, resipi ini lebih sedap jika lebihkan bawang putih kerana ia memberikan rasa yang sangat enak apabila dimakan bersama nasi.
Rasanya yang lazat dan aromanya yang menggoda membuatkan hidangan ini menjadi kegemaran seisi keluarganya. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
Baca juga: Tukang Masak Kongsi Tip Ayam Goreng Kunyit Rangup, Isi Juicy & Berkilat!
RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam, dibelah 4 (saya suka bahagian kepak sahaja)
- 1 labu bawang putih (ikut sebanyak mana yang anda suka), diketuk atau ditumbuk kasar
- Serbuk kunyit
- Garam
Cara memasak:
- Gaul, lumur, dan urut-urut sedikit ayam dengan bawang putih yang telah diketuk atau ditumbuk kasar.
- Simpan dalam peti sejuk sekejap.
- Goreng ayam seperti biasa, asingkan serpihan bawang putih terlebih dahulu.
- Goreng ayam hingga warna kecoklatan dan pastikan isi ayam masak elok.
- Akhir sekali, taburkan bawang putih yang telah diketepikan tadi ke dalam kuali.
- Goreng sekejap hingga bawang putih menjadi kriuk-kriuk tetapi tidak hangus.
- Hidangkan semasa masih panas bersama nasi putih. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak