Kebelakangan ini, pelakon Atikah Suhaime kelihatan kerap berkongsi resepi dan menu untuk menurunkan berat badan atau ‘diet’ di TikToknya.
Terbaharu, Atikah telah memuat naik videonya yang berkongsi resipi baru yang dinamakan ‘Singgang Mat Salleh’.
Resipi ini terhasil apabila dia hanya menggunakan barang yang sedia ada di dapur sahaja. Jom lihat resipi perkongsiannya di bawah!
RESIPI SINGGANG MAT SALLEH ATIKAH SUHAIMI
“Korang kena cuba singgang mat salleh ni, memang sedap. Malas nak pergi supermarket hari ini, i pakai apa saja yang ada kat rumah ni.
Bahan-bahan:
- Minyak zaitun
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit air
- Tomato
- Ikan merah
- Hirisan lemon dan perahannya
- Sedikit garam
- Telur
Cara-cara memasak:
- Masukkan minyak zaitun. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
- Gaulkan seketika namun jangan biarkan bawang tersebut terlampau masak.
- Tambahkan sedikit air dan masukkan pula tomato.
- Seterusnya baru masukkan ikan merah dan hirisan lemon serta air perahannya.
- Masukkan garam dan kemudian tutup. Biarkan ia masak.
- Siap untuk dimakan.
Video penuh:
@atikahsuhaimeeee Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending
Menjengah ke ruangan komen, Atika Suhaimi menerima pujian kerana resipi yang dikongsi dikatakan sangat sedap. Ada individu turut mengatakan telah berjaya menurunkan berat sebanyak 3 kilogram selama 12 hari selepas mencuba resipi diet perkongsiannya.
Rata-rata peminatnya turut terinspirasi untuk mengikuti jejak pelakon itu dalam menjaga pemakanan yang sihat bahkan menggalakkannya berkongsi lebih banyak ‘content’ seperti itu.
Sumber: TikTok @atikahsuhaimeee