Categories: Resipi

Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Cara Masak Mudah Yang Amat!

Ramai yang suka menu asam pedas kan? Kalau dah selalu guna lauk ikan, kali ini apa kata jom kita cuba resipi asam pedas ayam berempah pula.

Selain dimakan dengan nasi, asam pedas ini juga sangat lazat jika digandingkan dengan roti canai, lempeng atau cucur ikan bilis.

Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Ida Adlina Salleh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Keladi, Rupanya Ada Cara Masak Supaya Tak Gatal Tekak

RESIPI ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 8 keping ayam
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai diketuk
  • Daun kesum atau boleh ganti dengan daun limau purut
  • Bendi (saya guna terung)
  • Air asam jawa atau 2 asam keping
  • Garam

Bahan kisar:

  • Segenggam cili kering (direbus lembut dan toskan)
  • Segenggam bawang merah (saya guna sebiji bawang Holland)
  • 3 ulas bawang putih
  • Beberapa hiris halia
  • Beberapa hiris lengkuas
  • 1/2 sudu teh tiap satu: ketumbar, jintan putih, jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit belacan

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar. Kisar sehingga hancur.

2. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan serai.

3. Masukkan sedikit garam dan juga ayam. Masak ayam sehingga agak kecut dan air mula kering.

4. Masukkan pula bunga kantan.

5. Seterusnya, masukkan air dan masak hingga ayam agak empuk.

6. Kemudian, masukkan sayuran dan air asam jawa. Masak lagi sehingga sayur lembut.

7. Ubah suai rasa garam dan asam sehingga mencapai tahap selera.

8. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan biarkan selama beberapa minit.

9. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh

Baca juga: Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Nasiha

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

17 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

19 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

19 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

20 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

20 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

20 hours ago