Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada resipi menarik yang wajib dicuba iaitu Apam Pisang sukatan cawan yang sangat mudah.
Apam Pisang merupakan antara kuih lama yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana teksturnya yang lembut serta gebu. Apabila dimakan, rasanya nikmat yang tak terhingga.
Resipi Apam Pisang sukatan cawan yang dikongsikan oleh AtiQah AZiz di Facebook ini mendatangkan hasil yang mengagumkan walaupun menggunakan blender. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya
RESIPI APAM PISANG SUKATAN CAWAN
Bahan-bahan:
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan pisang emas yang dilenyek
- 1 sudu besar susu manis
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara membuat:
1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang atau esen vanilla. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam aduanan.
6. Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1 hingga 2 minit, baru angkat apam daripada periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan daripada acuan. Siap untuk dinikmati!
Apam Pisang sukatan cawan ini sesuai digunakan oleh mereka yang baru belajar buat kuih. Lama-kelamaan, anda pasti akan mahir membuatnya nanti.
Bagi memastikan hasil Apam Pisang ini menjadi, anda perlu gunakan sukatan yang betul semasa membuatnya. Jika silap langkah, hasilnya akan menjadi kecut dan tak gebu.
Selamat mencuba!
Sumber: AtiQah AZiz
Baca juga: Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus