Categories: Resipi

Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Secukup Manis & Terasa Lembut Bila Gigit

Nak sesuatu yang manis dan lembut untuk minum petang? Jom cuba Apam Pisang Kukus comel-comel ini!

Saiz kecil memudahkan untuk sekali ngap saja dan rasanya memang sedap. Sesuai juga untuk bekal anak ke sekolah atau dijadikan sajian ringan bila ada tetamu datang.

Baca juga: Resipi Apam Tokyo Yang Lembut, Gebu & Manis, Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam!

RESEPI APAM PISANG KUKUS SUKATAN CAWAN

Bahan kering (ayak dan ketepikan):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan basah (kisar sekejap):

  • 1 cawan minyak masak
  • ½ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang (boleh guna gula halus sepenuhnya jika suka)
  • 3 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen pisang atau esen vanila

Bahan tambahan:

  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek halus

Cara-cara:

  1. Ayakkan semua bahan kering dan ketepikan.
  2. Dalam pengisar, kisar bahan basah hingga sebati.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk berisi bahan kering. Kacau perlahan hingga adunan sebati.
  4. Masukkan pisang lenyek dan gaul rata. Jangan terlebih kacau untuk elakkan apam menjadi keras.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan kecil (boleh guna acuan lompang, muffin atau silikon mini).
  6. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak (bergantung pada saiz acuan).
  7. Sejukkan sebelum dihidang. Sedia untuk dinikmati bersama secawan teh atau kopi!

Sumber: Mastura Razali

Baca juga: Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago