Orang Negeri Sembilan cukup bangga dengan Apam Johol atau dikenali juga sebagai apam daun rambai yang merupakan kuih tradisional di sana.
Apa yang membuatkan Apam Johol ini menarik berbanding apam lain adalah proses pembuatannya yang menggunakan daun rambai.
Kuih ini dibalut dengan daun rambai untuk mengekalkan aroma apabila dikukus. Kadangkala, ia dimakan bersama rendang, sambal tumis dan bubur kacang.
Apam Johol dikatakan berasal dari Johol, salah satu bandar di Negeri Sembilan kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini.
Nak tahu bagaimana rasanya, anda boleh cuba resipi Apam Johol yang dikongsikan oleh Ummi Lynn Hassan di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, cairkan marjerin dan biarkan ia sejuk, kemudian larutkan gula merah bersama air dan tapis.
2. Di dalam besen besar, satukan tepung, gula pasir dan yis, kemudian tuang air gula merah dan sebatikan.
3. Masukkan marjerin cair dan gaul sebatikan lagi, kemudian perap 3 jam sehingga ia kembang.
4. Sapu sedikit minyak pada daun rambai untuk membungkus, sudukan ¾ adunan yang diperap tadi ke atas daun rambai, kemudian balut.
5. Setelah itu, masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak sekitar 20 minit. Siap untuk dihidang!
Hasilnya yang gebu dan merekah menjadikan Apam Johol menarik perhatian ramai untuk memakannya. Selain itu, aromanya juga cukup memikat selera.
Jangan lupa untuk kongsikan resipi kuih tradisional yang popular di Negeri Sembilan ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Lynn Hassan
Baca juga: Kuih Apam Mekar Anti Gagal, Ini Rahsia Jadikan Hasil Kembang Cantik!
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…