Apa beza lodeh dan lontong? Nampak macam sama, rupanya berbeza. Dua hidangan ini sering dihidangkan sebagai juadah utama di pagi Hari Raya.
Selain dari lemang, rendang dan juga ketupat, lontong dan lodeh juga menu yang wajib di Hari Raya. Tetapi mungkin ada yang masih lagi keliru apa perbezaan antara dua makanan yang berasal dari Negeri Sembilan ini.
Menerjah akaun Tiktok milik seorang guru Bahasa Melayu, Zackkirana, dia ada menjelaskan perbezaan antara lontong dan juga lodeh yang kerap kali rakyat Malaysia tersilap dan terlepas pandang.
Menerusi video yang telah dikongsikan, rupa-rupanya lodeh itu adalah kuah yang bewarna kuning seakan-akan masak lemak cili api yang dimasak menggunakan santan sebagai bahan utamanya.
Manakala lontong pula adalah makanan menyerupai nasi himpit yang dibalut menggunakan daun pisang. Lontong juga merupakan makanan tradisi dari Indonesia yang juga terdapat di Malaysia selain nasi himpit.
Jom lihat video dari Zackkirana di bawah untuk tontonan semua.
@zackkirana27 LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypシ #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022
Sumber: @zackkirana27
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…