Setiap anak pasti mempunyai kerenah dan ragam mereka yang tersendiri. Dalam melayan perangai mereka ini, ibu bapa selalunya akan mencuba yang terbaik untuk memastikan kemahuan dan keinginan anak tercapai walaupun terpaksa bersusah payah.

Seperti video yang dikongsikan wanita ini di akaun TikTok @m4kberuang tentang percubaannya memastikan si anak makan meskipun terpaksa melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Menurut wanita itu, anaknya hanya mahu makan makanan yang dibeli di kedai menyebabkan dia buntu memikirkan cara untuk melayan kerenahnya itu.

Namun wanita itu tampil dengan idea kreatif di mana dia dilihat memasak dan membungkus makanan yang sudah siap dimasak itu seperti dibeli dari kedai. Malah dia juga turut meletakkan makanan yang siap dimasak itu di dalam beg kertas menampakkan ia seperti makanan yang dibeli.

@m4kberuang

Arissa oh Arissa🤣🤣🤣 #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

Percubaannya itu berhasil memperdayakan anaknya yang kemudian dilihat menikmati makanan yang ‘dibeli’ di kedai itu.

Perkongsian wanita ini turut menarik perhatian ramai yang teruja melihat idea yang boleh digunakan sekiranya mereka berada dalam situasi yang sama.

Malah ada yang berkongsikan pengalaman ‘ditipu’ oleh ibu mereka sendiri semasa kecil dahulu gara-gara terlalu kerap meminta membeli makanan di kedai.

Susulan video yang tular dikongsikan ini, netizen turut memuji kegigihan wanita itu membungkus makanan setiap kali ingin diberikan kepada anaknya itu. Tidak kurang juga yang mengaku menggunakan kaedah yang sama untuk memperdayakan anak mereka.

“Ibu scammer paling bijak..”

“Mak kerja runner Grab demi anak makan.”

 

Baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN