Categories: Resipi

Guna 3 Bahan Ini Boleh Buat Aiskrim Homemade, Mudah Dan Sedap!

Apabila tekak teringin makan aiskrim, terpaksa keluar ke kedai untuk membelinya. Jadi, tak hairanlah ramai mak-mak yang mencari resipi Aiskrim Homemade Mudah untuk buat sendiri di rumah.

Maklumlah ada anak yang suka makan. Setiap kali selepas pulang dari sekolah, mesti meminta punya. Kalau tak beri, merajuk pula nanti. Pening mak-mak nak memujuknya.

Tak dinafikan aiskrim sentiasa menjadi pencuci mulut yang paling disukai ramai. Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga sukakannya. Anda juga pasti salah seorang darinya.

Senang cerita, tiada orang yang akan katakan tidak kepada aiskrim. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas. Nak hilangkan rasa tekak yang kering ketika itu, semestinya aiskrim adalah pilihan terbaik.

Apa yang bagusnya makan aiskrim ini sebenarnya ia boleh menaikkan mood seseorang. Anda boleh lihat sendiri bagaimana perasaan anak apabila diberikan aiskrim. Mereka akan gembira tak terkata.

Baca juga: Aiskrim Cheese Indulgence, Confirm Sedap Dan Laku Keras

RESIPI AISKRIM HOMEMADE MUDAH

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Pisang dan strawberries perlu dibekukan terlebih dahulu.

2. Kisar pisang, strawberry, yogurt dan sedikit madu dengan menggunakan food processor. Kalau tak ada food processor, guna blender pun boleh tapi kena buat sikit-sikit.

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Boleh tambahkan potongan buah strawberry dalam adunan.

4. Bekukan kisaran aiskrim semula dalam masa lebih kurang  2 hingga 4 jam. Siap!

Sekejap saja sudah siap Aiskrim Homemade Mudah ini. Caranya sangat ringkas bukan? Anda boleh mengajak anak anda membuatnya bersama di rumah.

Secara tak langsung, anak anda akan tahu cara membuatnya sendiri. Jika mereka teringin untuk membuatnya, pastikan anda memantaunya sepanjang masa.

Ada pelbagai cara untuk menikmati aiskrim ini. Anda boleh makan ia bersama roti, biskut, waffle dan sebagainya. Paling seronok kalau ada kon aiskrim. Selamat mencuba!

Sumber: Widyana Ali

Baca juga: Aiskrim Mangga Homemade, Hanya Guna 3 Bahan Saja

Aimi

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

11 hours ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

14 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

14 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

14 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

14 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

15 hours ago