aiskrim goreng

Selama ini selalu makan aiskrim begitu saja, sekali-sekala mak-mak mesti nak juga buat pencuci mulut yang kreatif. Apa kata hari ini mak-mak buat Aiskrim Goreng?

Buat anda yang kali pertama mendengarnya, pasti anda berasa hairan. Persoalan yang akan muncul di fikiran, adakah aiskrim itu digoreng di dalam minyak?

Sebenarnya Aiskrim Goreng adalah roti yang di dalamnya berisi aiskrim kemudian digoreng sekejap dalam api yang sangat panas.

Baca juga: Aiskrim Mangga Homemade, Hanya Guna 3 Bahan Saja

Walaupun ia nampak seperti mudah dibuat, tapi tak dinafikan masih ramai yang gagal membuatnya sehinggakan aiskrim tersebut cair.

Tapi jika anda cuba cara yang digunakan oleh Wawa Syaida di blognya, pasti anda akan dapat hasil yang menjadi ini. Jom cuba!

RESEPI AISKRIM GORENG

aiskrim goreng

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Aiskrim apa-apa perisa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim di tengah roti tersebut.

2. Ambil sekeping lagi roti dan letak di bahagian atas roti tadi.

3. Ambil cawan untuk tekapkan di tengah-tengah roti tadi. Tekan kuat-kuat dan potong keliling roti yang berlebihan (bahagian luar cawan).

4. Keluarkan bahagian bulat yang terbentuk di dalam cawan dengan berhati-hati.

5. Ulang cara yang sama dan buatlah mengikut kuantiti yang dikehendaki.

6. Simpan roti yang dah siap tadi di bahagian sejuk beku sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih elok semalaman.

aiskrim goreng

7. Apabila minyak panas, gorengkan sekejap sahaja dalam 20 ke 30 saat. Siap!

Memang puas hati bila tengok Aiskrim Goreng yang dibuat menjadi hasilnya. Jika anak anda melihatnya, pasti mereka menikmatinya dengan penuh rasa gembira.

Tekstur Aiskrim Goreng yang rangup di luar dengan isi aiskrim yang padat memang buat ramai tergoda. Betapa sedap pencuci mulut ini sampai berulang memakannya.

Jika anda mahu bentuknya lebih menarik, boleh gunakan garfu atau bentukkannya seperti karipap. Tapi jangan sampai berlubang pula.

Selamat mencuba!

Sumber: Wawa Syaida

Baca juga: Guna 3 Bahan Ini Boleh Buat Aiskrim Homemade, Mudah Dan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN