Peminat teh disini mesti ramai kan? Apa kata anda cuba resipi Air Teh Kacukan menerusi perkongsian dari Chef Dave ini. Rasanya, air ini tidak dijual di mana-mana bazar ramadan.
Lagi-lagi bila minum masa cuaca panas, memang nikmat rasanya tekak. Tahukah anda, banyak hidangan lazat yang boleh diperbuat daripada teh kemudian dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan.
Baca juga: Uncang Teh Tamat Tempoh, Masih Boleh Guna Atau Tidak?
Namun, hidangan tersebut boleh dibuat sendiri di rumah dengan kebersihan yang lebih terjamin dan tidak perlu keluarkan duit yang banyak. Boleh ikuti cara penyediaannya di bawah.
Korang, tahulah air tu mengiurkan waktu sekarang ni, sabar ya! Kejap lagi buka, tinggal berapa jam saja lagi ni, sabar! Jangan lupa cuba dekat rumah! Simple dan padu rasa air ini.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 5 minit
Hidangan: 5-10 pax
Bahan – bahan:
Cara-cara bancuhan:
1. Mula-mula sekali, potong daun pandan dulu. Kemudian, masak air di dalam periuk dan masukkan pandan untuk buat air pandan. Biarkan ia mendidih dalam suhu api sederhana.
2. Sementara air tengah mendidih dalam masa 5 minit, hiriskan buah lemon dan sediakan sedikit daun pudina.
3. Bila air pandan sudah siap mendidih, tapiskan air tersebut dari daun pandan.
4. Air pandan yang sudah siap ditapis, masukkan pula gula dan kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan pula serbuk teh. Biarkan ia rendam seketika sehingga teh tersebut pekat.
6. Dalam bekas air yang lain, masukkan ketulan ais, hirisan lemon dan daun pudina yang sudah dibersihkan tadi.
7. Selepas teh sudah pekat, boleh tapis dan masukkan ke dalam bekas air ini. Kacau-kacau dan sedia untuk dinikmati.
Video penuh:
@chefdaveveganjourney EPISODE 2: TEH KACUKAN & WATERMELON REFRESHING – CHEF DAVE Sehijauramadan KongsiSelera KongsiBersama Korang, tahulah air tu mengiurkan waktu sekarang ni, sabar ye! 🥹🫠kejap lagi buka.. tinggal berapa JAM je lagi ni..sabar!!!⏰ jangan lupa cuba dekat rumah! simple dan padu rasa dia. 🥰 Masa penyediaan: 10 minit Masa memasak: 5 minit Hidangan: 5-10 pax Resipi Teh Kacukan Bahan – bahan: 3 cawan air 2-3 helai daun pandan 5 sudu besar serbuk teh Kepingan lemon Gula secukupnya Sedikit daun pudina Ais secukupnya Watermelon refreshing Bahan – bahan: Sebiji tembikai 1 tin cocktail 1 botol sprite Kepingan limau nipis TEH KACUKAN & WATERMELON REFRESHING – CHEF DAVE Hey everyone, you know how water makes you crave it at this time, right?🥹🫠 Hang in there! Iftar is just around the corner.. only a few HOURS left now.. be patient!!!⏰ Don’t forget to try it at home! Its taste is simple yet intense.” 🥰 Preparation time: 10 minutes Cooking time: 5 minutes Servings: 5-10 pax Recipe Teh kacukan Ingredients: 3 cups water 2-3 pandan leaves 5 tbsp tea powder Lemon slices Sugar as needed A few mint leaves Ice cubes Watermelon refreshing Ingredients: 1 watermelon 1 can cocktail 1 bottle sprite Lime slices
♬ original sound – ChefDave VeganJourney – ChefDave VeganJourney
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Chef Dave
Baca juga: Resipi Teh Bunga Kertas, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…