Bila kita buat air sirap di rumah, rasanya pasti tidak sama seperti air sirap kenduri yang kita biasa minum ni majlis kahwin.
Air sirap sudah sinonim dengan majlis kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat kita.
Minum waktu cuaca panas memang sedap, sejuk tekak dibuatnya! Nak tahu rahsianya? Jom perkongsian resipi oleh Puan Azizah Zainudin di bawah.
Resipi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang.
Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.
Air sirap je pun! Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.
1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.
3. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
4. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.
5. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Kredit: Azizah Zainudin
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…