Categories: Tips & Petua

Minum Air Lemon Cengkih Ini Untuk Legakan Batuk & Selesema, Auto Puas Bernafas!

Setiap kali demam, selalunya pasti akan datang ‘pakej’ bersama batuk dan selsema. Untuk mengurangkan simptom tersebut, anda boleh mengamalkan minuman air lemon cengkih ini.

Tidak salah jika kita ikhtiar cara tradisional untuk melegakan selsema dan batuk menggunakan bahan semula jadi.

Untuk mengetahui cara penyediaan air tersebut, mari ikuti perkongsian oleh Puan Mastura Rashid di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Sesuai Untuk Batuk & Berkahak, Tekak ‘Auto’ Rasa Lega

CARA BUAT AIR LEMON CENGKIH

“Dah 3 hari saya demam dengan batuk selesema teruk. Tidur malam dengan sakit dadanya, kepala yang rasa nak pecah, dan bila berdiri pula rasa bergoyang-goyang pandangan.

Dahlah saya memang tak suka makan ubat demam. Sebab masa muda dulu dah banyak sangat bergantung dengan ubat demam bila sakit.

Jika saya migrain, teh cengkih pun dah cukup melegakan. Jadi disebabkan hari pertama saya diserang migrain yang teruk, dan demam panas, saya pun buatlah remedi dari dapur. Iaitu air lemon cengkih. Terus surut demam dan migrain. Cuma badan masih lembik dan goyang-goyang gitu.

Nak buat remedi ni mudah sangat tau. InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.

InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.

Migrain disebabkan cuaca panas, demam, silau cahaya insyaAllah boleh lega dengan air lemon cengkih ni. Bawah ni saya kongsikan bahan dan cara buat air lemon cengkih.”

Bahan-bahan:

  • 1 biji lemon
  • 10-15 kuntum bunga cengkih
  • Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)

Cara buat:

1. Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sehingga air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air). Tutup api dan periuk.

2. Biarkan sehingga air menjadi suam-suam panas.

Cara minum:

1. Tuang lemon ke dalam cawan, tambah madu asli dan minum seperti biasa pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

Kredit: Mastura Rashid

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap

Wan N

Recent Posts

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

7 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

40 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago