Sejenis minuman istimewa berupa air kopi dibancuh bersama daun bawang kini menjadi trend di China. Video mengenainya itu dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram @mustsharenews.
Menu dinamakan ‘scallion latte’ itu semakin popular dan turut mencetuskan perdebatan netizen sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi.
Selain menjadi bualan di kedai-kedai kopi di sana, minuman itu turut menjadi antara topik yang hangat dibualkan dalam platform media sosial tempatan.
Baca juga: Orang Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000
Antara yang didebatkan oleh warga maya termasuklah kesesuaian daun bawang yang merupakan bahan masakan untuk dipadankan dengan minuman kopi.
Mereka juga tertanya-tanya sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi atau sebaliknya kerana biasanya faun bawang biasanya untuk masakan, bukannya minuman.
Minuman itu dibuat dengan meletakkan daun bawang cincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah kopi dan susu. Akhir sekali, kopi itu ditaburkan dengan daun bawang sebagai hiasan.
Menurut portal Must Share News lagi, para peniaga di Cina pada mulanya mencipta minuman istimewa ini sebagai kandungan media sosial.
Namun pada masa yang sama, mereka turut berharap minuman unik yang dicipta tersebut boleh menjadi satu peluang perniagaan sekiranya disukai orang ramai.
Jangkaan mereka tepat apabila ada pelanggan yang mendapati kopi daun bawang adalah minuman yang menarik. Malah, ada juga yang menggemari rasa unik pada kopi tersebut.
Sumber: Kosmo, Siakap Keli
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…