Categories: InfomasiTips & Petua

Patutlah Makanan Air Fryer Anda Tak Sedap! Ramai Buat 3 Silap Besar Ini!

Sebut sahaja pasal air fryer, rasanya gajet dapur ini dah jadi macam “nyawa” kedua buat mak-mak, student, malah orang bujang.

Kalau dulu ia dianggap sekadar gajet viral yang “menarik untuk dicuba”, sekarang keadaannya memang jauh berbeza. Masuk sahaja ke mana-mana rumah di Malaysia, memang wajib nampak gajet ini megah di atas kabinet dapur.

Mana tidaknya, pagi-pagi nak panaskan roti pratha ekspres, guna air fryer. Petang-petang anak mintak nugget garing, campak dalam air fryer.

Sampai ada yang buat lawak, “kalau tiba-tiba air fryer rumah saya rosak hari ni, confirm terus rasa huru-hara satu rumah!” Sebab kita semua dah terlalu dimanjakan dengan kesenangannya.

Tapi…Pernah tak anda rasa “tertipu” dengan video masakan di TikTok atau Instagram?

Dalam video influencer, ayam bakar keluar bersinar-sinar, kulit garing keemasan, bunyi “krup-krap” bila dipotong. Kentang goreng pula nampak rangup sebiji macam kedai makanan segera.

Tapi bila kita buat sendiri di rumah, hasilnya terus buat rasa nak nangis, ayam nampak pucat macam demam, kentang pula jadi lembik dan lemau. Lagi parah, ada bahagian yang hangus hitam, tapi bahagian bawahnya masih sejuk dan mentah.

Masa itu, mulalah otak kita terfikir, “air fryer ni rosak ke?”, “jenama murah sangat kot, patut kena beli yang harga ribu-ribu?”, atau paling ralat sekali, mula rasa menyesal gila sebab dah membazir duit beli.

Nanti dulu! Jangan bazirkan duit anda beli yang baharu lagi. Hakikatnya, bukan mesin itu yang bermasalah, tapi tabiat memasak kita yang dah bertahun-tahun salah.

Kenapa makanan udara panas anda gagal?

Disebabkan alat ini terlampau mudah, kita jadi malas dan anggap semuanya magis. Konsep kita, masukkan makanan, tekan butang, tinggal mandi, siap.

Silap besar! Anda kena faham cara guna air fryer yang betul. Mesin ini bukan menggoreng dengan minyak, ia berfungsi menggunakan aliran udara panas yang tinggi dan berputar di sekeliling makanan.

Sebab itu, musuh nombor satu gajet ini adalah “SUMBAT SAMPAI PENUH”! Bila perut lapar atau nak cepat siap, ramai yang ambil jalan mudah dengan menuang satu paket nugget sekali gus. Kentang bertindih-tindih macam lori balak, ayam disusun rapat tanpa ada belas kasihan.

Hasilnya? Aliran udara panas tersekat dan akhirnya makanan yang di atas sahaja masak, manakala yang di bawah terperangkap dalam wap air sendiri lalu menjadi lembik dan tidak rangup langsung.

3 kesilapan guna air fryer yang nampak remeh, tapi ‘membunuh’ rasa makanan

Jika anda mahu masakan anda bertaraf hotel 5 bintang, pastikan anda elakkan 3 tabiat buruk yang sering diabaikan ini:

1. Tabiat “tinggal terus sampai bunyi ding!”

Ini kesilapan paling popular. Air fryer bukan oven biasa. Sesetengah makanan terutamanya kentang dan nugget sangat memerlukan anda untuk shake atau menggoncang bakul sekurang-kurangnya sekali di pertengahan waktu memasak.

Tindakan ringkas ini memastikan semua bahagian mendapat agihan haba yang adil.

2. Lupa nak ‘preheat’ 

Anda takkan masukkan ikan dalam kuali yang minyaknya belum panas, kan?

Begitu juga dengan gajet ini! Melakukan preheat selama 3-5 minit sebelum memasukkan makanan membantu mengunci kelembapan di dalam (juicy) sambil merangupkan bahagian luar dengan serta-merta.

3. Tidak menyembur sedikit minyak (oil spray)

Walaupun ia dipromosikan sebagai ‘tanpa minyak’, makanan yang tiada lemak semula jadi seperti kentang siap sejuk beku jenis tertentu atau sayuran tetap memerlukan semburan nipis minyak untuk merangsang kesan ‘deep-fried’ yang garing keemasan.

Tanpa minyak, ia akan kering dan pucat!

Jangan biarkan dapur anda huru-hara lagi!

Sebelum anda menuding jari menyalahkan resipi, menyalahkan jenama, atau membiarkan gajet mahal anda berhabuk di sudut dapur, ubah dulu cara kendaliannya malam ini.

Kadang-kadang, hanya dengan mengubah satu tabiat kecil seperti tidak menyusun makanan terlalu padat anda akan dapat hasil masakan yang jauh beza seperti langit dan bumi.

Jika saiz sedia ada terlalu kecil untuk keluarga yang makin membesar, atau teknologinya dah ketinggalan zaman, ini masanya untuk tonton model terkini.

Jangan beli mahal-mahal di kedai fizikal, beli saja atas talian dan bandingkan harga promosi atau rebut diskaun baucar durian runtuh sebelum tamat!

Cuba jujur dengan kami… Dari 3 kesilapan guna air fryer kat atas, yang mana satu paling kantoi anda selalu buat? Mengaku sekarang!

Syamirul Hakimi

Recent Posts

Tak Sangka Makan Kacang Kuda Ada Banyak Khasiat, Kecil-Kecil Tapi ‘Power’!

Kacang kuda rebus bukan sahaja sedap dijadikan kudapan, malah khasiat kacang kuda juga menarik untuk…

7 hours ago

Resipi ‘Baked Jacket Potato’ Inti Daging, Buat Sendiri Jimat Poket & Lagi Puas Makan!

Pernah tak nampak orang jual 'baked jacket potato' di gerai tepi jalan? Apa kata kita…

8 hours ago

Hanya Ada Telur Di Rumah? 5 Resipi Ini Boleh Siap Tak Sampai 20 Minit

Peti sejuk tinggal telur je? Jangan terus buka aplikasi food delivery! Telur memang antara bahan…

8 hours ago

6 Bahan Dapur Yang Sekali Beli, Boleh Simpan Lama

Tak perlu setiap minggu keluar membeli barang dapur jika tahu memilih bahan dapur tahan lama…

10 hours ago

Resipi Sup Ikan Tom Kha Ala Thai, Kuah Santan Wangi & Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Kalau suka hidangan Thailand yang kaya dengan rasa masam, pedas dan lemak berkrim, sup ikan…

10 hours ago

Cara Bersihkan Lala, Dah Rendam Air Garam Tapi Selut Hitam Masih Ada? Cuba Petua Ini

Cara bersihkan lala nampak macam mudah, tetapi ramai yang pernah kecewa apabila sudah rendam dalam…

12 hours ago